Definisi Kecantikan.

Aj1gtjnciaeqikh_large

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa bahawa jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Source by- Fieqa Malek
Stay beautiful, ♥♥

Comments

Popular Posts

A Mexican Culinary Adventure at Fresca Mexican Kitchen & Bar

Looking and feeling young with Swissvita

Helipad, Heli Lounge Bar KL

5 Tips Fesyen Bagi Berbadan Gempal Untuk Nampak Kurus

Monsta Cafe Johor Bahru

PHB lancar Kempen Menabung Sambil Melabur tingkat kesedaran mengenai Amanah Hartanah Bumiputera

Misi kurus 28 hari dengan detox teh hijau STEA

Nano Hair Treatment at Hair Color Expert from RM68