WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Despite the peace

by - August 28, 2014

Nampak tenang pada zahir. Pada hati tah siapa tahu. Punya sekeping hati yang mudah untuk terguris, sekeping hati yang belum mencapai tahap mencintai Ilahi melebihi apapun, tapi secara perlahan-perlahan diri ini cuba memupuk dan membajanya jauh di sudut hati. 


Sebab dah penat jadi jahil, sebab tu cuba kembali pada fitrah. Menjadi baik. Alhamdulillah thanks Allah kerana telah menutup segala aib dan kekurangan ini sehinggakan orang-orang yang baru mengenaliku menyangka aku memang seorang yang baik, dari segi penampilan yang kelihatan seorang muslimah dengan bertudung labuh sopan tatacaranya. Alhamdulillah segala aurat dijaga dengan baik. Nampak macam solehah namun masih merangkak mencari tarbiyyah dalam diri. Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan, aku juga begitu, tak lepas. Tak lari dari sentiasa tersilap malah rasa semakin teruk diri ini. Paling susah, nak jaga batas pergaulan. Failed. Paling bodoh apabila aku menyakiti orang-orang yang baik dan menyanjung orang-orang yang tidak baik. Takkan kerana dulu aku pernah disakiti maka aku menyakiti pula orang lain? tanya aku pada hati. Ya. Sebab hati. Sebab hati ini sangat gelap dan rapuh. Mana mungkin terisi cahaya dan cinta di dalamnya. Sebab ke semua ruang hati telah diisi dengan kehitaman. Mana mungkin juga untuk aku menyimpan manusia di dalamnya. Kelak akan mengecewakan. Rabbi, terangilah hati ini dengan keimanan, suburkanlah jiwa dengan ketakwaan agar aku dilengkapi dengan cinta hakiki. Segala cerita pada masa silam dahulu, harus aku lupakan demi masa hadapan yang lebih bermakna. Fokus.


Disebalik ketenangan tersimpan berjuta rahsia. Hanya pada Ilahi disandarkan segala harapan. 

1 day left before I turn officially 20. Harap aku terus bermujahadah, perbaiki segala kelemahan diri, raih ilmu yang masih belum belajar dan paling penting, perlu cari erti cinta. Cinta biarlah tulus, bukan disirami dengan nafsu. Cinta pada Allah - melebihi segala benda dalam dunia ini. Takkan aku lupa nikmat yang Allah kurniakan, alhamdulillah. Sudah mencapai puluhan umur, aku perlu tahu apa yang aku inginkan. Dan lala, please control your emotions kerana syaitan takkan pernah putus asa untuk meniupkan kemarahan dan kesedihan dalam diri jadi jangan putus asa, dear self. Kau pasti menang. Dan lala, again, kalau dah jumpa yang baik hargailah. Apa yang lepas itu lepas, tiada jodoh. Yang pergi digantikan dengan yang lebih baik. Pasti ada hikmahnya. Buang semua, biar tinggal si dia seorang. Akan aku hargai diri juga, menjadi bunga mawar yang aku suka. Cantik pada pandangan tetapi sakit apabila disentuh kerana durinya yang melindungi bunga. Moga aku hijrah bersama hati bukan tudung labuh.


"Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita, Sama ada kita perlu mengubah hidup dia, atau dia yang bakal mengubah hidup kita. Allah takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab."
Sayang, segala yang Allah takdirkan, pasti baik-baik belaka :)

About The Author

23 years old writer. Asst Producer Nine-11. 8 years in blogging based in Malaysia. Bachelor's degree in Mass Communication. Former DJ Radio and Journalist.

You May Also Like

0 comments