WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

[Hijrah] Tips menutup aurat bagi seorang perempuan yang degil.

by - April 17, 2015
Perubahan perlu ada dalam setiap manusia berdasarkan peringkat umur, juga sejauh mana pengalaman dan pengajaran yang mereka tempuh, perubahan ini boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja photo 1708.gif Setiap perubahan ada peringkatnya. Biar menaik mahupun menurun, kita tidak boleh selama-lamanya berada di peringkat yang sama (mendatar) sehinggalah sampai ke puncaknya selaras dengan misi kita. Berikut adalah definisi menaik, menurun dan mendatar bagi saya dalam konteks menutup aurat.

Menurun: Adalah apabila kita sudah berubah, kita sudah memakai hijab dan melabuhkan pakaian, namun pemakaian yang labuh itu tidak dapat dikekalkan, pemakaian yang labuh itu sudah semakin disingkatkan. Menurun adalah perkara biasa kerana masih boleh diperbaiki tetapi jangan biarkan ia mendatar sahaja.
Mendatar: Adalah apabila kita sudah berubah, sudah memakai hijab namun pemakaian kita masih tidak menepati syarak (belum sampai ke puncak/misi) kita tetap berada di peringkat itu dan tidak mahu berganjak ke peringkat yang lain. Apabila kita mendatar, agak sukar sebab kita dah selesa dengan peringkat itu berbeza dengan menurun.
Menaik: Adalah apabila kita berganjak dari satu peringkat ke peringkat lain ke arah puncak. Pakaian yang singkat semakin dilabuhkan.


  Hai, kenapa kita perlu menutup aurat eh? Leceh sangat jadi perempuan ni semua badan nak kena tutup, tak cantiklah rupa kalau semua nak kena tutup.
Senang je jawapannya, kita hidup di dunia ini tidak lama, lagipun terdapat Tuhan yang menciptakan alam ini jadi sebagai hambanya nak taknak kenalah ikut mana boleh awak suka-suka nak lari dari kerja menjadi hamba Allah, logik tak? Dan matlamat terakhir kita adalah akhirat; syurga atau neraka pilihan di tangan kita. Lagi satu, awak kena sedar, dah memang awak dilahirkan tidak berwajah cantik nak buat macam mana, nasib awaklah . Alaa tak mengapa, Allah tidak memandang rupa.


A031
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nuur, 24:31]


A059
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan2 yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al Ahzab, 33:59]


Yang saya highlighted itu adalah jawapan daripada al-Quran pula. Oleh itu, terang lagi bersuluh kita sebagai seorang perempuan, wanita, gadis wajib menutup aurat. It is a compulsory. Besides, to differentiate the Muslim women with non-Muslim is to look at their Hijab.  photo 01.gif


Pergh itu baru mukadimah saya, belum masuk lagi isi-isi dan juga kesimpulan ahha . Sebab saya mahu awak faham dahulu sebelum awak baca apakah tips-tipsnya. Sebenarnya entri ini adalah untuk perempuan yang degil, macam saya . Ulang sekali lagi, perempuan yang degil, sosial dan seumpama dengannya lainlah perempuan yang mudah dinasihatkan. Sebab saya berpengalaman jadi saya kongsikanlah ehhe.

Tipsnya ialah, paksaan! 
1) Awak masih keluar tanpa memakai tudung di kepala? Masih mendedahkan rambut? Yeah oleh itu awak perlu memakai tudung dahulu. Baju lengan pendek ke, seluar jeans ketat ke, umm baju jarang ke lantaklah sarung je tudung dulu tapi jangan pula tudung koshibo yang labuh tu, cukuplah shawl biasa atau tudung bawal bidang 45' yang paling pendek tu. Serious, trust me.

2) Bermain dengan masa. It's time to challenge our self, if non-Muslim can challenge themselves to wear hijab why don't us? Come on, there's no excuses for us, what a bullshit of giving excuses. If you don't try my sisters, for me, you are really stupid. Dalam masa seminggu, pakai. On/off tak kisahlah. Dan selepas berjaya, cuba pula untuk sebulan. And keep on. On/off tak kisahlah sebab sampai suatu masa apabila awak dah selesa, perasaan ikhlas akan timbul dalam hati, Allah juga yang akan menimbulkan perasaan itu. Pasti awak akan berasa malu jika awak tidak memakai tudung apabila keluar rumah.

3) Sekarang adalah masa untuk memperbaiki pakaian kita pula. Mulakan dengan top. Bottom kejap lagi. So setiap kali awak membeli belah, padamlah niat untuk membeli baju yang tidak menutup aurat, teruskan beli baju labuh sehingga ke punggung, cuba blouse untuk nampak cantik bergaya. Sebab apa saya suruh beli baju labuh-labuh terus? Sebab nak jimatkan duitlah. Buat apa awak beli baju lengan panjang namun singkat atas punggung sebab visi kita sekarang adalah mengejar puncak iaitu menutup aurat dengan sempurna, mengikut syarak 

4) Alright, bottom pula. Awak perempuan, pakai kainlah baru nampak feminim. Beli seluar untuk memudahkan pergerakan. Beli jeans straight cut punya. Kalau saya, saya suka kain jeans yang straight cut, tak suka kain kembang-kembang sebab saya, bergaya haha. Kadang keluar pergi kedai pun sarung kain je senang. Lagipun perempuan ini punggungnya seksi ehhe.

5) Pakai baju-baju baru tersebut dan gayakan dengan tudung biasa awak dulu. Selesakan diri. Mahu bertukar ke tudung yang lebih labuh sangat mengambil masa sebab apa, sebab once awak  dah bertudung labuh jangan sesekali awak tanggalkan! Never! Lainlah awak dulu-dulu bertudung singkat bolehlah on/off. Tapi jangan buat perangai pada tudung labuh ini. Saya paling tidak suka perempuan yang bertudung labuh menutup dada main-main. image

6) Hey awak, pakai sarung kaki dulu. Biasakan sampai rasa janggal kalau tidak pakai stoking bila keluar rumah. Pakai stoking baru boleh bertudung labuh. Fyi, walaupun saya bertudung labuh tapi saya jarang pakai handsocks sebab biasanya baju saya cukup sampai ke pergelangan tangan. Saya akan pakai handsocks bila lengan baju saya besar sehingga mendedahkan banyak kulit jika saya bergerak.

7) Cuba pakai tudung labuh di rumah. Cuba dulu belek-belek dekat cermin sampai awak perasan awak nampak lebih anggun apabila memakai tudung labuh. Jangan riak pula haha. Sebab perempuan ni mudah perasan.

8) Tahniah. Misi anda berjaya. Aurat bagi saya, yang penting keselesaan. Sebab saya jenis yang suka bergaya walaupun simple dan saya pasti akan mengenakan sedikit solekan  apabila keluar rumah.

9) Okay dah boleh delete gambar-gambar yang tidak menutup aurat di mana-mana media sosial.

10) Hold on. Stay modest jus liddat. Menurun itu perkara biasa. Saya juga pernah menurun, dalam 3/4 kali saya pernah keluar tanpa memakai stoking sangat tidak selesa masa itu. Saya juga pakai je tudung bawal biasa bidang 45' tu tapi tak selalu asalkan baju longgar.


Begitulah tips-tips dari saya untuk perempuan-perempuan yang degil dan sosial dan tidak dapat menyempurnakan auratnya namun berkeinginan untuk berhijab tetapi tidak sampai seru katanya. Jangan pilih masa sebab masa zaman kegemilangan saya dulu saya plan selepas berkahwin baru nak bertudung at last umur 18 tahun sudah bertudung labuh siapa sangka. Nasib baik tak mati.

Walaupun begitu, perempuan yang masih tidak menutup aurat dan juga terjaga auratnya adalah seorang hamba Allah juga, jangan dicemuh mereka yang tidak menutup aurat mahupun tertutup litup auratnya kerana hanya Tuhan sahaja yang boleh menilai kita. Yang penting adalah hati kita. photo the.jpg Sejauh mana tingginya Iman kita. Ikhlas dari saya yang masih belum solehah, Lala. // Sila tinggalkan komen   untuk tambahan atau kekurangan.

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

3 comments