WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

"Nikahilah dia kerana satu perkara, agamanya." Betul ke ayat ni haura?

by - April 07, 2015
"Kau bila nak kahwin?"
Pak Imam mencuci kolah bersamaku.
Aku cuba jawab, "Calon-calon semua sudah dirembat oranglah, Imam. Redha jelah."
Pak Imam menjelingku. "Memilih sangat ni."

"Salah ke memilih, Imam?"
"Tak salah. Memang lebih Baik memilih. Cuma jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan diHati. Yang Hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat Agama, Keturunan, Harta, Rupa tu, Alhamdulillah."

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"
Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit basah terkena air.
"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan. Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh, yang sudah terlanjur beratus kali pun boleh. Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."
Aku berdiri sama. "Apa dia?"

"Janji dengan diri, Jangan putus asa berikan semangat pada pasangan untuk terus berubah baik. Memilih seseorang yang sudah hancur Jiwanya, Imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran dalam mendidiknya. Dia akan memberontak, melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau cuba untuk pimpinnya ke arah lebih Baik.
Dikala suami yang lain berseronok senang-lenang dengan Isteri Solehah masing-masing, kau kena gigih bangun malam Berdoa tak putus-putus depan Allah supaya isteri kau diberikan Hidayah, terbuka Hatinya, lembut Hatinya untuk berubah. Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti kolah ini.

Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga kau letih sendiri. Tapi, bila Hatinya sudah dibalikkan oleh Allah, heavenlah kau nanti. Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan Wanita Solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik. Siapa tahu. Kau faham?"
Aku mengangguk-angguk.

Rupanya, Nikah itu memang perlu Agama yang terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri Agamanya tempang, Agamanya layu, bagaimana nanti didikannya? Pasti rosak hancur. Muhasabah.

Source from: http://ask.fm/AmaliaJuhary

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

0 comments