We, as a normal human, be positive

Jadi saya anggap orang-orang yang bersikap kasar dengan saya, yang bersikap buruk dengan saya, dimana apabila saya berbaik dengan dia tanya baik-baik dekat dia tapi dia jawab macam celaka, yang mana mencaci memaki hamun saya dengan kata-kata kesat ni semua abnormal lah ye. Sebab kalau saya marah dia balik sekalipun lagi menyakitkan hati saya sendiri jadi lebih baik saya positif dan anggap golongan mereka ni abnormal. Mereka tak normal macam manusia lain yang lebih berperikemanusiaan, bersopan santun, berhemah serta menghormati manusia yang lain. Ya kita manusia semua buat silap, tapi tak perlulah mencarut memaki hamun orang yang salah, right. Boleh menggunakan kata-kata yang berhemah. Alasan dia apa tau, "Kalau aku cakap baik-baik pun tak guna, baik aku maki terus baru kau dengar kata." Begitu kata si abnormal. Kesian golongan ini, menjerit berteriak entah tiba-tiba, golongan jenis mereka memang patut dikesiankan sebab mereka tiada kesedaran dalam diri dan tidak mahu improve diri mereka dengan lebih baik lagi. Mereka lebih selesa untuk "jadi diri sendiri" dan menganggap yang mereka sentiasa betul serta tidak pernah buat salah, tidak seperti kita yang normal ni selalu aje sedar diri kan bila buat salah, ada human senses 

We, as a normal human, be positive.
Awak semua kalau terjumpa golongan begini jangan stress jangan marah-marah, anggap je mereka abnormal.

Thanks kepada roommate saya sebab nasihatkan saya suruh saya menganggap mereka ABNORMAL 

Comments

Popular Posts

A Mexican Culinary Adventure at Fresca Mexican Kitchen & Bar

Looking and feeling young with Swissvita

Helipad, Heli Lounge Bar KL

5 Tips Fesyen Bagi Berbadan Gempal Untuk Nampak Kurus

Monsta Cafe Johor Bahru

PHB lancar Kempen Menabung Sambil Melabur tingkat kesedaran mengenai Amanah Hartanah Bumiputera

Misi kurus 28 hari dengan detox teh hijau STEA

Nano Hair Treatment at Hair Color Expert from RM68