H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Cara mudah untuk membuat air detox

by - September 19, 2016

Apa itu minuman detox?

Minuman detox ni adalah minuman yang dicampurkan dengan bahan-bahan yang terdiri daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan atau sayur-sayuran. Ia tidak manis dan warnanya adalah plain.



Apakah kebaikan minuman detox?

Minuman detox ini sangat bagus untuk menyingkirkan toksin dalam badan malah dapat mengurangkan lemak, senang cerita boleh kurus lahh minum air detox ni setiap hari. Detox ni minuman bagi yang nak diet. Selain itu ia juga dapat:-
  • meningkatkan tahap metabolisma
  • menjadikan and cepat kenyang dan mengelakkan dari makan junk food
  • membantu tubuh membebaskan sel lemak secara semulajadi
  • meningkatkan mood
  • mengurangkan keletihan pada otot semasa bersenam

Antara bahan dalam membuat air detox

1) Buah-buahan

Sitrus: anggur, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberi, raspberi, blueberry, blackberry, ceri
Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon
Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach



2) Buah tempatan:

Delima, mangga, nenas, belimbing

3) Sayuran: 

Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

4) Herba: 

Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender

5) Rempah-ratus:

Halia, kulit kayu manis, lada hitam



Langkah mudah, murah dan cepat penyediaan air detox

Kali ni aku guna 3 bahan je untuk buat detox drink ni (sebab ni je ada dalam fridge) iaitu epal hijau, lemon dan daun pudina. Ingat nak letak timun sekali tapi sebab dah habis so takat ni jelah. Tanpa gula ok tapi kalau korang macam tak suka minuman masam-masam tawar ni hanya bubuh gula merah atau madu ok. Sebab minuman detox ni terdiri daripada bahan organik barulah sihat.

Cara nak memotong bahan-bahan macam di dalam gambar ye. Terus potong guna pisau yang tajam tak payah nak belah dua ke hape.

Okay next step, masukkan semua bahan ke dalam cawan atau jar dan isikan dengan air. 



Boleh masuk dalam peti sejuk dan biarkan selama sehari. Sebenarnya nak minum terus pun boleh tunggu 5 minit camtu. bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Selalunya ia bertahan selama seminggu. Tetapi untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan adalah lebih elok habiskan dalam masa 3 hari sahaja. Ini untuk elakkan buah-buah yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna. Paling baik habiskan sehari sekali. Lepas itu buat yang baru. Lebih sedap dan menyegarkan.

Amalkan setiap hari dalam seminggu, selamat mencuba! 

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

10 comments

  1. Yeyy boleh buat nnti.. sedap tak rasa dia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha rasa dia? Masam!
      kalau nak manis bubuh gula merah ok :*

      Delete
  2. nak buat tapi.... tak ado buahnya. nampak sangat tak makan buah.

    erk. botol air kita sama.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaahhha belilahh :b
      yeke ahha tupperware punya

      Delete
  3. menarik nie. senang je nak buat.
    kalau campur madu boleh ke?

    ReplyDelete
  4. I've got to try this hehehe =D
    Thank you sis for sharing! ^^

    ReplyDelete