WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

5 Tips Fesyen Bagi Berbadan Gempal Untuk Nampak Kurus

by - February 02, 2017

Bagi mereka yang berbadan besar, montel aka chubby ni bolehlah ikut tips berpakaian bagi nampak kurus. Aku saja je nak kongsi macam mana cara berpakaian dengan betul supaya nampak effect slim! Plus, aku rasa orang acah-acah gemuk tapi kurus pun boleh la cuba tips ni. Actually pakaian kita sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.



1) Black is sexy
I mean not just black jelah tapi baju yang berwarna gelap tu boleh bagi effect kurus tau. Ada pendapat mengatakan pakaian berwarna hitam memberi ilusi kurus. Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Ya. Tepat sekali. Namun, jangan menghadkan diri korang untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja. Sebaliknya cuba warna-warna gelap yang lain seperti ungu gelap, merah hati atau biru gelap.



2) Pilih fabrik material chiffon bukan spandex
Hindari diri korang dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Spandex atau lycra lah material dia ketat tu. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi efek flowing seperti Chiffon, kain kapas dan Crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.

3) Cetakan berjalur menegak bukan melintang
Salah satu perkara yang mungkin korang terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai cetakan jaluran melintang. Ia akan  menampakkan tubuh badan korang lebih besar. Sekiranya korang peminat cetakan ini, pilih jaluran menegak. Namun jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai untuk korang yang bertubuh besar. Untuk tubuh gemuk, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya  tubuh tidak kelihatan semakin melebar.



4) Aksesori Pilihan
Untuk kelihatan lebih langsing, korang boleh memakai perhiasan atau aksesori  seperti rantai, gelang dan anting-anting dengan warna terang. Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu korang kelihatan lebih ramping. Pakai rantai yang panjang dan menjuntai ke bawah. Rantai panjang akan membuatkan tubuh korang kelihatan lebih tinggi sehingga korang akan nampak lebih ramping dan langsing.
Selain itu korang boleh juga memakai gelang tangan besar berwarna coklat kerana ia akan membuatkan pergelangan tangan korang kelihatan kecil. Begitu juga dengan anting-anting, saiz yang besar akan memberikan ilusi mata iaitu kepala korang akan nampak lebih kecil. Di samping itu juga, korang disarankan agar menghindari memakai tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuatkan korang kelihatan semakin pendek. Elakkan juga mengikatnya terlalu kuat sehingga menampakkan timbunan lemak diperut korang itu. Sebaiknya pilih ikat pinggang bersaiz kecil.



5) Nak pakai jeans atau skirt? 
Buat penggemar jeans atau seluar denim, pilih denim potongan lurus. Ini memberikan efek lebih kecil pada kaki korang. Jangan gunakan denim seperti seluar skinny kerana ia akan membuatkan siapa yang melihat akan tertumpu pada peha dan kaki korang. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki korang. Keselesaan berpakaian juga diambil kira. Jangan lupa denim pun perlu berwarna gelap ya!
Entah la tapi kalau ikutkan aku, bagi yang berpunggung besar seeloknya pakai lah kain barulah nampak ayu sikit haha. Kalau nak pakai skirt pun biarlah skirt berwarna gelap juga.

About The Author

23 years old writer. Asst Producer Nine-11. 8 years in blogging based in Malaysia. Bachelor's degree in Mass Communication. Former DJ Radio and Journalist.

You May Also Like

8 comments

  1. yeayy semua orang boleh jadi kurus la macamni lepasni hehe.

    ReplyDelete
  2. haha yeah. bila rasa gemok je.. pakai je Hitam. confirm jadi kurus. tapi kalau dah overweight. pakai apa pun memang tak dapat nak sembunyi dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha hitam memang warna paling senang match dan konfiden naik tinggi kan..

      alamak.. kesian overweight.

      Delete
  3. kalau Momi, memang akan duna kaler hitam untuk nampak kurus. hahahaa

    ReplyDelete
  4. Pakaian hitam memang poweb bab tutup2 lemak ni, hahaha. Corak juga, pilih corak kecil2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow good idea haha pilih corak kecil-kecil.

      Delete