H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Helipad, Heli Lounge Bar KL

by - February 19, 2017
lala rahim cara nak masuk ke helipad, heli lounge bar kuala lumpur kl jalan sultan ismail

Helipad tu apa? Helipad tu suatu area landasan pendaratan untuk helikopter! Tapi dalam entry ini, aku nak perkenalkan sikit tentang helipad dekat Heli Lounge Bar KL. So tempat inilah yang best kalau korang mahu menikmati pemandangan Kuala Lumpur. An unbroken view of the whole city of Kuala Lumpur! This is it, the Heli Lounge Bar.




Lokasi:

Tingkat 34, Menara KH, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

lala rahim cara nak masuk ke helipad, heli lounge bar kuala lumpur kl jalan sultan ismail

Cara nak pergi ke Heli Lounge Bar

Aku pergi sana naik public transport sebab lebih mudah dan aku sendiri taktahu nak parking dekat mana. So aku recommend kalau nak pergi sana ambil monorail ke Jalan Bukit Raja Chulan. Lepastu korang turun tangga je jalan dalam 20 langkah dah nampak Menara KH. Okay masuk dalam tu dan ambil lif naik tingkat 34, yang paling atas sekali hahahha. Tapi lif dia bergerak laju, tak lambat pun.






Cara untuk masuk

Bersyarat. Nak naik ke atas helipad tu bukannya datang lenggang-lenggang terus boleh naik, tak, korang perlu beli minuman terlebih dahulu dekat bar dia. Ok aku lupa sangat nak ambil gambar menu dia. Agak mahal, bak kata kawan, starbucks lagi murah hahahha. Aku order air Fruit Punch dengan Cranberries. Harga air paling murah RM28 tapi kawan aku bayar pakai card, harga dia jadi RM25. Jadi total untuk dua minuman ialah RM50. Pergi sekali untuk menikmati view.


Waktu yang disarankan

Waktu yang aku syorkan untuk pergi dalam pukul 5pm - 7pm, dalam linkungan matahari nak terbenam gitu, baru cantik ambil gambar kalau malam-malam nak ambil gambar pun gelap tak nampak muka, hanya dapat melihat lampu-lampu bangunan je, romantik sangat wakakka. Macam mana kalau pergi selepas pukul 7pm? Okay masa aku pergi, dalam pukul 6 petang, aku agak lambat sebab aku ada event lain sepatutnya nak pergi pukul 5. Selepas melepak di helipad, aku balik waktu maghrib, pukul 7.30pm je aku keluar, dah panjang gila beratur weh. Waktu aku masuk pukul 6pm elok je smooth. I don't need to queue. 




lala rahim cara nak masuk ke helipad, heli lounge bar kuala lumpur kl jalan sultan ismail

Komen

Disebabkan helipad ni dah sungguh terkenal, tempat dia pulak takde lah besar sangat jadi, memang sangat padat! Crowded weh. Pukul 6 petang je dah penuh gila dekat atas tu, dah tak ada tempat duduk langsung, kalau nak tunggu orang bangun, memang tak. Diorang yang datang semua akan lepak bergambar, rugilah kalau nak lepak sekejap kan. Aku pun tumpang jelah duduk untuk bergambar sebelum balik. Balik pun sebab hujan haha. Lagi satu, untuk kemudahan dekat sini, kalau nak cari surau, dekat Level 5. Ada surau lelaki dan perempuan no worries. So yeah, pemandangan yang sangat menarik untuk dinikmati, kat mana lagi kan nak dapat. So try it for once in your life.

lala rahim cara nak masuk ke helipad, heli lounge bar kuala lumpur kl jalan sultan ismail
“Nothing is permanently perfect. But there are perfect moments and the will to choose what will bring about more perfect moments. Don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect.” ― Mary Balogh,

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

23 comments

  1. bestnya kat atas ni. kena pegi. tapi boleh tahan mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling murah pun RM25 minuman dia hahahha

      Delete
  2. Bestnya!! Siqah teringin nak pergi sini. Cuba sekali seumur hidup jadilah kan :)

    ReplyDelete
  3. so nice! i memang nak pergi helipad ni but takda masa sesuai lagi nak pegiii T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, you will visit there someday.
      Oh btw I alrdy added you on my blog lists too. Check out

      Delete
  4. hi, saya datang follow sini.. salam kenal :)

    ReplyDelete
  5. wahh lawa betul.. salam kenal dr www.mamajue.com

    ReplyDelete
  6. Seronoknya, dapat tengok pemandangan dekat atas. Nampak KLCC lagi, hihi.

    ReplyDelete
  7. Bestnya sambil makan2 boleh tgk prmandangan klcc ^^

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik tempat ni.. Tapi jauh la pulak.. Hehehe..

    ReplyDelete
  9. Bestnya. Teringin nak pergi juga 😀

    ReplyDelete
  10. Hi babe! :) Babe nak tanya if nak order foods or beverages kena order kat dlm ke or ada waiter dia dtg kt kita?

    ReplyDelete