WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at UPM. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Trainee at BERNAMA.

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. Bachelor's degree in Communication at UPM. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Trainee at BERNAMA.

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

PHB lancar Kempen Menabung Sambil Melabur tingkat kesedaran mengenai Amanah Hartanah Bumiputera

by - February 16, 2017

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) telah melancarkan "Kempen Menabung Sambil Melabur" untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebagai salah satu platform simpanan dan pelaburan terutamanya dalam kalangan pelajar selain daripada membantu pelajar kurang berkemampuan mendapat akses kepada dana pelaburan AHB.


200 orang pelajar daripada 4 buah sekolah hadir untuk mengambil bahagian dalam acara Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) semalam. Sekolah-sekolah yang dijemput ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Subang, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.


Sebagai permulaan bagi kempen ini, PHB menyerahkan sebanyak 1000 unit AHB secara percuma kepada 200 orang pelajar sekolah menengah yang terpilih dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 menjadikan jumlah keseluruhan unit yang diberi sebanyak 2000000 unit.


Selain itu, PHB juga telah menganjurkan sesi bual bicara bersama pengurus dana AHB, Maybank Asset Management Sdn Bhd dan Ikon PHB, Cik Neelofa untuk mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menabung dan melabur pada usia muda. Sesi bual bicara ini memberikan maklumat kepada para pelajar mengenai asas kewangan seperti perancangan kewangan, perbelanjaan berhemat serta bagaimana menabung akan memberi manfaat kepada pembangunan peribadi mereka.



Kata Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman, "Kempen ini merupakan platform untuk PHB bukan sahaja membantu masyarakat tetapi juga membawa kesan limpahan ekonomi dan merancakkan pembangunan sosial di Malaysiasejurus membantu para pelajar memulakan simpan dan pelaburan mereka".


Sedikit nasihat daripada Neelofa, jika mahu menabung segalanya perlu bermula daripada hati, kita perlu ubah diri kita sendiri, pupuk dari dalam hati untuk menabung dan juga berjimat cermat serta menahan diri daripada membeli sesuatu yang tidak membawa manfaat kepada kita.

Info Mengenai AHB

AHB dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera pada tanggal 29 November 2010. Ia merupakan unit amanah patuh syariah yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada masyarakat Bumiputera supaya dapat turut serta melabur dan mengambil bahagian dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial perdana di Malaysia melalui pegangan unit dalam AHB. Kini, pelaburan AHB disokong oleh 17 hartanah komersial yang disewa dengan jumlah pulangan pendapatan yang stabil.

Pada bulan April 2016, saiz dana AHB telah ditingkatkan kepada 3.5 bilion unit berbanding dana permulaan 1 bilion unit yang bernilai RM1.00 seunit. Yang lebih menarik, bagi mempertingkatkan lagi jumlah penglibatan masyarakat Bumiputera terutama sekali golongan yang berpendapatan terhad, kadar minima pelaburan telah diturunkan daripada RM500 ke RM100 seorang. Manakala kadar pelaburan maksima dinaikkan daripada RM400,000 hinggan RM500,000 seorang.

AHB telah dianugerahkan pengiktirafan antarabangsa dua tahun berturut-turut sebagai Produk Islamik Terbaik oleh Anugerah "Asia Asset Management Best of the Best Awards" bagi tahun 2015 dan 2016 berdasarkan ciri-cirinya yang unik dan memenuhi keperluan pelaburan Islam. Ini telah meningkatkan lagi keyakinan pelabur ke atas prestasi AHB membuktikan bahawa AHB merupakan satu pilihan pelaburan yang utama dalam kalangan Bumiputera yang melihatnya sebagai satu peluang menarik untuk melibatkan diri dalam pemilikan benefisial aset berasaskan hartanah perdana dengan kadar penyertaan minimum yang rendah. Ia juga memberikan pulangan konsisten yang kompetitif dan keselesaan dalam pelaburan aset yang berasaskan prinsip Syariah terutama di dalam suasana ekonomi yang mencabar.

About The Author

23 years old writer. Asst Producer Nine-11. 8 years in blogging based in Malaysia. Bachelor's degree in Mass Communication. Former DJ Radio and Journalist.

You May Also Like

0 comments