Resepi Mudah Ayam Cheese Buttermilk




Hari ini anak dara nak ajar cara yang simple untuk masak ayam cheese buttermilk hehe, masak sambil tangkap gambar for blogging okay. Senang je cara nak masak ni, tambah-tambah lagi, cepat dan ringkas sangat. Let's do it!


Bahan-bahan utama yang diperlukan ialah ayam, butter, susu full cream, keju. Bahan-bahan sebagai penaik rasa macam biasa  bawang merah, bawang putih, cili padi, serbuk lada hitam, garam, gula dan air limau nipis. Untuk bahan-bahan perasa ni korang boleh tentukan sendiri dan pepandai lah hahahha. Air limau nipis tu nak bagi dia rasa masam-masam so takde lah engkau muak sangat sebab penuh susu dengan keju. Aku tak sarankan sangat bawang merah ni, aku suka bawang putih aka garlic gitu. Cili padi pulak nak bagi masakan ni pedas-pedas, cukup 5 ulas cili padi je takmau pedas sangat. Ada orang letak daun kari weh tapi sebabkan dalam peti ais rumah aku tak ada so guna apa yang ada je.



Okay gambar-gambar ni aku dah gabungkan menjadi satu gambar so mudah untuk korang rujuk. Langkah pertama patut goreng ayam dulu. Untuk goreng ayam ni, gaulkan dengan telur, tepung, garam dan serbuk lada hitam (sila rujuk gambar ke2). Gambar 1 pula, 2 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, 5 ulas cili padi dan serbuk lada hitam digaulkan bersama-sama dengan ayam yang telah dipotong ikut suka hati saiz besar atau kecil.



Untuk buat kuah dia, setelah bawang-bawang dan cili padi telah dihiris, tumiskan sehingga naik bau, rujuk gambar 4 tapi jangan lah sampai terlalu masak sangat bawang-bawang tadi karang hangit pulak bau dia. Okay ni part yang paling best, rujuk gambar 5, selepas tumis, bubuh susu satu cawan kecil lepastu gaulkan sampai dia berbuih, baru letak sekeping keju. Boleh letak 2 keping keju juga ikut cita rasa. Aku letak sekeping dengan alasan taknak gemuk haha. Selepas itu, gaulkan kuah sehingga dia pekat tau nampak macam kuning-kuning sikit, jangan lupa taburkan garam sedikit dan gula, air limau nipis pun perah sikit bagi masam-masam. Langkah terakhir, ayam yang telah digoreng tadi masukkan ke dalam kuah, gaul sehingga sebati. Dah siap! Boleh hidangkan.

Beginilah cara mudah anak dara memasak wakaka. Benda paling bongok sekali aku rasa bila dah hidang lauk ni, terlupa nak masak nasi. Kbye~

Comments

  1. Bestnyaaa masakkan untuk sy jgk sis

    ReplyDelete
  2. serius sedap! rasanya kalau busyra buat resepi ni, susu ducthlady tu habes dlu .. haha. :P

    ReplyDelete
  3. hahaha... barulah best.. template responsive. dan clean.

    ReplyDelete
  4. singgah sini dan baca resepi yang sedap ni... boleh cuba nanti :)
    https://atanpunyablog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Thanks sis utk resepi ni. Memang terboiikkk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

A Mexican Culinary Adventure at Fresca Mexican Kitchen & Bar

Looking and feeling young with Swissvita

Helipad, Heli Lounge Bar KL

5 Tips Fesyen Bagi Berbadan Gempal Untuk Nampak Kurus

Monsta Cafe Johor Bahru

PHB lancar Kempen Menabung Sambil Melabur tingkat kesedaran mengenai Amanah Hartanah Bumiputera

Misi kurus 28 hari dengan detox teh hijau STEA

Nano Hair Treatment at Hair Color Expert from RM68