H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Stellavingze International anjur Sambutan Hari Wanita Sedunia

by - March 09, 2017
Pada 8 Mac, mari kita mengingati diri kita tentang betapa majoriti wanita masih menghadapi kesusahan dan berjuang: ibu tunggal masih menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan hidup, pekerja wanita menghadapi masalah masa kerja panjang dan gaji rendah, wanita pribumi menghadapi kemusnahan tanah, budaya dan mata pencarian; wanita pelarian yang mencari perlindungan dan keselamatan bagi diri mereka dan keluarga; wanita migran yang mencari kebebasan dari kehambaan zaman moden dan penghinaan. Setiap hari wanita ini menghadapi pelbagai bentuk diskriminasi.

Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran Stellavingze


Sebagai sebuah badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan, Stellavingze International telah mengadakan sebuah majlis makan malam untuk mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.

Stellavingze International anjur Sambutan Hari Wanita Sedunia
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa mereka dan menemui potensi diri agar berusaha memajukan negara dalam bidang ekonomi ataupun menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih makmur.

Stellavingze International anjur Sambutan Hari Wanita Sedunia
VVIP yang hadir pada majlis itu ialah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Binti Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Palimen Lembah Pantai, Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang dan Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Setellavingze International.

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha berkata wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga

Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga pula berucap sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, beliau menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga. Kata beliau, wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan.

Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran.

Sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International, Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, selalu menghadapi kekangan masa. Beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. Namun begitu, beliau berkata tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa.Beliau memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; 

Kebahagiaan wanita = (+) Kasih sayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip

Berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami.

Tentang Stellavingze International

Diasaskan oleh Datuk Stella Chin, seorang usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suami menerajui pasaran global. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Awards Women in Business dan juga The International Diamond Prize for Excellence Quality (ESQR). Beliau juga merupakan seorang ibu, isteri dan anak yang amat penyayang.


Oleh kerana beliau melihat kecenderungan wanita untuk melupakan cita-cita dan menjadi suri rumah atau mengejar cita-cita dan mengabaikan keluarga di rumah, beliau telah mencipta sebuah formula kebahagiaan wanita dan mengasaskan Stellavingze International.

Rujuk http://www.stellavingzeinternational.com

Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.

Stellavingze International anjur Sambutan Hari Wanita Sedunia
Di sini, saya nak ucapkan Selamat Hari Wanita di Malaysia dan seluruh dunia, kerana perjuangan mereka adalah perjuangan kita dan perlawanan mereka adalah perlawanan kita.

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

6 comments