H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Antara Rezeki dan Dengki

by - April 23, 2017
Apa yang aku nak ceritakan kali ini adalah berdasarkan true story aku yang sudah hidup selama 23 tahun di atas muka bumi ini. Walaupun perjalanan aku masih panjang, baru makan garam secubit tapi selama aku hidup, pelbagai yang aku tempuh. Dulu masa sekolah, aku ada seorang kawan (sekarang dah tak berkawan lagi) We were very closed, like very closed and we did sorta things during our childhood, like a team. You know what, she got freaked out bila setiap kali aku melebihi dari dia dan selalu tuduh aku macam-macam. Termasuklah masa examination. Sebelum kitorang menghampiri peperiksaan akhir tahun (masa sekolah dulu), dia seorang pelajar pintar memang top keputusan selalu dapat banyak A, aku? paling tinggi alhamdulillah 2A je mampu, aku seorang yang rendah diri sebab aku selalu rasa diri aku pathetic, takde talent sebab tu aku tak target keputusan yang tinggi. Semasa hari keputusan peperiksaan, semua pelajar datang ke sekolah untuk ambil result, including me and her. Tahu tak berapa aku dapat untuk keputusan peperiksaan tu? Aku dapat 1 je B yang lain semua A! menakjubkan.. aku tak sangka aku pandai hahahha dan aku dijemput untuk menghadiri majlis pelajar-pelajar cemerlang, yang kurang A tak dijemput lah hurm maaf. Oh keputusan dia? 2B je yang lain semua A. Okay lah kan? Tapi dia tak okay. Even semua cikgu-cikgu tak sangka dia jatuh jugaklah sebab selama ni dia memang jadi pelajar target semua A. Aku pun tunjuk lah result aku, sharing dengan dia. Menghampakan, dia boleh kata aku ni tiru dia masa peperiksaan? Tak logik gila sebab pelajar disusun mengikut nama abjad. Nama aku mula dengan L (bukan nama sebenar) so aku duduk depan, nama dia pulak bermula dengan abjad T (bukan nama sebenar) dia duduk belakang, belakang sekali sampai aku dah tak nampak batang hidung dia. Buat lawak teruk! Kemudian, tamat persekolahan dan bermulalah peringkat baru di sekolah yang baru. Kami lost contact. 


Di alam yang baru pula, kes sama cuma bukan keputusan peperiksaan dapat berapa banyak A tapi kali ni kedudukan kau dalam kelas. Ni lagi sorang pelajar target oleh guru-guru dimana dia memang seorang pelajar yang bijak gila dengan otak dia 128gb cara menghafal paling pro! Aku ni kalau belajar nak faham, aku tak boleh menghafal. Again, aku always gagal sebab aku di dalam kelas yang pertama, harapan guru-guru. Sekali lagi tahun peperiksaan dan kali ini ialah percubaan tak silap aku. Aku belajar teruk, sunguh-sungguh belajar sampai pandai. Dah la tak suka belajar sebab tulah tak dapat sambung medic tapi ambil mass communication. Back to the story, pelajar yang paling pintar di sekolah otak 128gb tadi yang selalu dapat nombor satu, dikalahkan dengan.... aku. Yes aku, alhamdulillah. Masa percubaan peperiksaan, setimpal dengan kesungguhan aku dalam pelajaran, aku dapat nombor atas dia. Happy teruk. Dan puas, sekali lagi aku tak sangka aku pandai, dapat kalahkan pelajar pintar sekolah. Masa dia tengok result, aku nak tergelak sangat. Dia boleh kata "babi" bila tengok result sendiri. Dia tak puas hati. Aku jenis tak ambil port dan tak peduli pun sebab aku dapat keputusan setimpal dengan kesungguhan aku mengulangkaji pelajaran, atas usaha sendiri. Alhamdulillah, peperiksaan dah tamat dan dah ambil result, straight A's. All A's babes I made it. Zaman tu, aku tergolong dalam pelajar cemerlang di sekolah. Kegemilangan.

Aku usaha, dan aku berjaya.

Kenapa aku cerita pasal keputusan peperiksaan je dalam entri ni? Apa kaitan rezeki dan dengki? Yeah, itulah mukadimah (permulaan) aku. Sebab zaman tu zaman persekolahan, tiada apa lagi untuk diceritakan selain belajar, takkan bercinta! Antara rezeki dan dengki, aku nak kaitkan dengan cerita-cerita di atas tadi, rezeki aku dapat keputusan cemerlang dan kawan-kawan rapat yang bersama aku yang pintar berbakat dan cantik ni semua tak boleh tengok aku lebih. Aku dah la tak lawa dan hodoh zaman persekolahan. So bila aku terlebih pandai, mereka mengata aku dan tuduh macam-macam. Lepas tu, aku memang banyak hilang kawan.. member. Banyak yang pergi. Aku always muhasabah diri aku sendiri kenapa kawan-kawan aku ramai yang pergi. Suddenly aku wondering, aku anggap mereka selama ni kawan baik dan kawan sehidup semati tapi... tak beri support fizikal dan mental untuk aku. Lebih-lebih lagi masa diri aku berjaya, tak nampak pun batang hidung diorang. Malah, kekadang aku sendiri kena perli.



Ada member, kenal gitu-gitu je tak rapat pun, jarang bertegur. Pun dengki. Cari pasal tak tentu pasal. Ee pelik. Aku buat tak layan sampai dia block aku. Dah banyak kali kena benda ni, inilah dengki paling tak masuk akal. Kata macam-macam dekat aku, mesti diorang pernah bergosip pasal aku kan ehhe

Masa zaman Twitter, dulu aku ada Twitter account @flouera boleh tahan ramailah jugak followers aku, yang tahu tu tahulah. Genuine 4k followers, banyaklah jugak kan. Aku follow beberapa orang kawan perempuan ni, kami semua saling mengenali antara satu sama lain sebab satu bumbung masa belajar tapi tak pernah bersembang! Langsung. Setakat senyum bila jumpa macam acquaintance la. Suatu hari masa online Twitter, aku boleh nampak satu tweet yang ditujukan untuk diri aku, tak syak memang untuk diri aku ah siotnya hahahah, boleh bergosip pasal aku dah tu kawan-kawan diorang dok tanya "siapa tu siapa tu.." Yah it's me btxxh, nak je aku reply. Bergosip lah diorang di Twitter pasal aku dan aku hanya scrolling down baca pasal diri aku sendiri macam baca komik! Aku masih waras, sebab akhirnya aku senyap dan tetap meneruskan tweet macam biasa walaupun some of them ada yang dah unfollow / mute / block aku sebagainya. Aku pun unfollow je senang. Seriously they ain't know shit about me, if they talk to me, have a chit chat surely I am being very nice and friendly kalau betul ikhlas nak berkawan. Tak sempat bersembang, dah mengutuk. Tak berapa kenal pulak tu. Masa ni aku seorang diri kena hentam, aku dah delete Twitter dah pun habislah followers aku, pooff- gone! Diorang tak boleh marahkan aku atas sebab annoying atau apapun, sebab apa, aku tak buat jahat dekat diorang semua. Sikit pun tak pernah susahkan hidup orang lain (kecuali parents) tapi aku faham sekarang aku memang deserve kena kutuk atas "keberanian" aku, terlalu berani jenis suka buat benda yang orang lain tak boleh buat.



Aku teruskan hidup seperti biasa tanpa akaun media sosial yang paling aku suka main, berjalan di atas kedua-dua kaki sendiri dan hidup di alam realiti sehinggalah, aku berjaya sampai sekarang. Tenang hidup. Tapi on 1 April 2017 aku buat balik akaun Twitter untuk blogging. Sebab menjadi seorang media online tak boleh lari dari media sosial, itu tujuan aku buat balik Twitter aku sendiri pun menyesal deactivate akaun Twitter yang dah stabil.

Dengki people, everywhere

Berdasarkan pengalaman aku, semakin lama diri kau naik (berjaya), pasti akan ada orang-orang yang rasa tercabar, saat itulah perasaan cemburu meresap masuk ke dalam hati mereka. Untuk diri aku sendiri juga, kena sentiasa faham rezeki yang Allah bagi untuk setiap manusia adalah berlainan. Aku kurang sini, orang lebih situ, aku lebih orang lain pulak kurang. Semua berlainan setimpal dengan usaha kita. Macam aku, aku selalu berusaha ntah sometimes I force myself to do something that I could not do. As long as it makes me happy, I'll do it. I'm not giving up on my life sebab aku percaya, Tuhan akan beri aku lebih, beri macam-macam yang terbaik untuk hidup aku. Tuhan tengok usaha, bukan hasil right? Kenapa perlu timbul perasaan dengki sehingga berbalah?




Dear to whom it may concern

I wasn't born to please everyone to like me. Whatever hatred you feel towards me, I'll accept it and I'll make sure that your hatred cannot do anything to drag me down. As long as I am still breathing, I will walk on my own two feet, fighting and heading to a successful life. I'm gonna overcome fear with future with the flaws that I'm having right now. You won't feel jealous to anyone if you hold on on His rope, trust The One who create you that He will give you bounty more than you expected. This is all about me, I am nothing, a sinner who always forget her God. 

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

11 comments

  1. From what i can say, those are the people who wants to see you fall when you are on the rise for doing good things or because of some thing good. It's sad when you think about it :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is.. but ppl said you will not be on top until ppl hate you

      Delete
    2. That's not healthy :( become a dumb or be hated so that you can be on top or become a leader(?). But i can see it is happening now :( :( something or somewhere need to change

      Delete
    3. Seriously i am not into this. I just wanna live in peace

      Delete
    4. leave twitter

      Delete
    5. so did u stay? *laughing hysterically*

      Delete
    6. Tuhan maha adil, today you did this to me.. Tomorrow, who knows. I have another good plan.

      Delete
  2. Love your positivity. <3
    I wish I can be as brave as you when all those people are tying to bring you down.

    ReplyDelete
  3. Sabar je la lala, orang jenis dengki-dengki ni tak ke mana pun jgn kita jadi macam tu sudah.

    ReplyDelete