WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Travelogue Escape, Jelajah Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

by - April 16, 2017

Terkenal dengan reka bentuk bangunan yang mengagumkan, Putrajaya menjadi sebuah tempat yang masyhur dan moden dengan beberapa kawasan terancang yang dikenali sebagai Presint, juga menempatkan pejabat-pejabat kerajaan persekutuan Malaysia serta kediaman para penduduk selain menawarkan kawasan rekreasi yang menarik untuk melancong dan bergembira. Putrajaya adalah tempat terbuka pada setiap hari secara percuma untuk semua lapisan masyarakat melakukan pelbagai aktiviti riadah dan berekreasi bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.

Pengangkutan juga disediakan di Putrajaya. Kami jalan-jalan pusing satu putrajaya dengan bas Nadi Putra. Harga tiket bas cuma RM0.50 untuk laluan sekitar Putrajaya manakala di luar Putrajaya pula ialah RM1.50, murah sangat.


Tak sangka, saya kerap melepak di Putrajaya sebab saya seorang pelajar di UPM kampus Serdang dimana kampus saya sangat dekat dengan Putrajaya jadi memang selalu pergi makan dan bersiar-siar di sini cuma belum discover kesemuanya. Setakat bersiar-siar melepak di Jambatan Seri Wawasan jelah untuk menikmati pemandangan pada waktu malam sebab Putrajaya kan terkenal dengan jambatan seni bina yang unik dan mengagumkan. Selama 3 hari dan 2 malam di Putrajaya, Program Traveloque Escape @ Putrajaya anjuran Santai Travel Magazine, saya dan rakan media diberi kesempatan untuk melawat kesemua tempat-tempat menarik di Putrajaya. Baca sampai habis.

Hotel Dorsett Putrajaya

Check in bilik di Hotel Dorsett Putrajaya. Sangat cantik dan selesa stay dekat hotel ni. Untuk pengetahuan anda, Hotel Dorsett adalah hotel yang sangat strategik sebab dekat dengan masjid dan bersebelahan dengan mall yang akan dibuka tidak lama lagi.

Sebelum memulakan aktiviti pada malam hari, kami semua turun ke Presint 9 untuk menikmati pelbagai hidangan, food tasting. Memang best makan sini, dalam satu food court besar dekat Presint 9, anda boleh order pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan.

Macam-macam jenis makanan di Presint 9. Dari masakan melayu pelbagai negeri, western pun ada

Makan bersama rakan-rakan media sebelum aktiviti kami bermula pada malam itu


Jom jamah sikit kacang pool dekat sini Presint 9

Taman Sky Rides Festival Putrajaya

Dilancarkan pada 29 April 2015 oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Taman Skyrides Festival telah mendapat sambutan sebanyak 1 juta pelawat sehingga menjadi daya tarikan yang paling banyak di Putrajaya.

 Menikmati keindahan panorama dan seni reka unik Putrajaya dari atas skyrides balloon, belon udara panas terikat yang terbesar di Malaysia. Saya dah cuba! Indahnya Putrajaya jika dilihat dari atas.

Memang mencabar dan saya rasa peserta media tiada sorang pun berjaya melepasi setiap peringkat hahaha end up jatuh ke dalam air. Seronok, harus cuba untuk build up keberanian dalam diri.
Lepas naik skyrides balloon, kami beralih pula ke Sky Warrior Rainforest Challenge. Anda semua pernah tengokkan cabaran-cabaran dalam program realiti di televisyen tu, haa sebenarnya anda pun boleh cuba tau permainan mencabar hanya di Putrajaya. Ada 8 peringkat halangan. Kanak-kanak punya cabaran pun ada di Sky Kids Warrior.


Kalau nak lepak bersiar-siar pada waktu malam bolehlah kunjungi ke Taman Sky Rides Festival bersama-sama keluarga tersayang. Tempat ini adalah terbuka pada setiap hari sehingga pukul 10 malam, hari Jumaat dan Sabtu sampai pukul 12 malam! Saya memang syorkan pergi waktu malam sebab keindahan lampu yang berwarna-warni.

Cruise Tasik Putrajaya

Jom naik cruise dekat sini. Inilah moment paling chill dan enjoy bersama-sama dengan peserta media. Enjoy pemandangan dari perspektif yang unik selain dari pemadangan atas belon, mari jalan-jalan naik bot pusing sekitar Putrajaya tak kira siang atau malam.

Sit back and relax... This is the chillest moment that I have ever had at night.

Bergambar bersama rakan-rakan media atas cruise, siap menyanyi lagi beramai-ramai.
"It's more than just a marina..." Di samping itu, perkhidmatan yang disediakan di sini ialah Bot Cruise, Perahu Dondang Sayang, Lepa-lepa, Bot Berkelah, dan Tram tak lupa juga ada anda boleh sewa tempat dekat Lakeside Area dan Diner’s Lounge.

Taman Wetland Putrajaya

Pusat Rekreasi Air di Putrajaya. Cantik tempat ni. Macam aktiviti boleh kita lakukan disini
Taman Wetland merupakan tanah lembap air tawar buatan manusia yang terbesar di kawasan ini. Tempat ini terdiri daripada Taman Wetland dan Pusat Rekreasi Tasik. Dibuka setiap hari dan percuma tau kalau nak masuk melawat. Pelbagai aktiviti seperti scavenger hunt, menunggang basikal, berkhemah, berkelah yang anda boleh boleh buat di sini. Jangan lupa untuk melawat ke kolam Flamingo dan Tasik Angsa (tengok angsa) dekat sini.


Di Pusat Rekreasi Air Putrajaya, semua peserta media dapat masuk berenang dalam tasik Putrajaya and guess what? Air dia sangat bersih! Seronok sangat dapat berenang dalam tasik yang besar dan luas ini tanpa perlu risaukan apa-apa, memang selamat cumanya peserta media sahaja la yang diberi kesempatan untuk berenang dekat Tasik Putrajaya ni, orang awam hanya boleh berkayak atau main water ball jelah. Lagi satu, tasik ini siap boleh memancing ikan dan ya, memang ada pertandingan memancing di Putrajaya setiap tahun.

Taman Cabaran Putrajaya

Selepas berenang di tasik, kami singgah pula ke Taman Cabaran untuk mencuba salah satu sukan lasak iaitu wall climbing di Kompleks Mendaki Tembok Tiruan Tertutup. Tembok memanjat dekat sini setinggi bangunan 5 tingkat tau.

Gambar untuk peringkat mendaki tembok yang senang. Untuk beginner boleh lah cuba panjat dekat sini dulu lagipun ada lantai berspan, tak perlu risau kalau jatuh. Saya dah cuba panjat dua kali di sini.
Peralatan mendaki boleh disewa mengikut harga yang berpatutan. Dinding mendaki diwarnakan mengikut tahap kesukaran dan pengajar disediakan untuk membantu membimbing mereka yang baru mula belajar. Untuk golongan kanak-kanak pun ada, bagi kanak-kanak berumur bawah 10 tahun, mereka boleh mencuba mendaki tembok di dalam sebuah bilik yang direka khas dengan lantai berspan.

Taman Warisan Pertanian

Terdapat hampir 200 jenis tanaman tradisional Malaysia. Taman ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk mempelajari proses penanaman tumbuhan daripada menanam benih dan penjagaan tanaman hinggalah menuai.

Memang menakjubkan bila melihat cara menoreh getah dan kemudian melihat lateks berubah menjadi kepingan getah


Dapat merasa beberapa jenis buah-buahan secara percuma di Dusun Buah-buahan.

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Banyak persidangan besar antarabangsa telah berlangsung di sini. PICC menawarkan kemudahan moden yang terkini dan Dewan Pleno PICC mampu menampung kira-kira 3 000 orang peserta. Besar betul PICC ni, nak sewa dewan buat majlis pun boleh dekat sini.

Bergambar bersama-sama rakan media di hadapan PICC


Pemandangan yang paling sebab bangunan dan jalan sangat simetri dan tersusun rapi sebab ia terletak di atas puncak bukit. It's like a paper town.

Taman Ekuestrian Putrajaya

Gemar menunggang kuda atau sudah mahir menunggang kuda? Di sinilah tempat kalau nak melakukan aktiviti menunggang kuda suka-suka malah anda juga dapat menyertai kelas menunggang kuda selain menyediakan tempat untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari keluarga, hari sukan etc, Taman Ekuestrian ada sediakan tempat yang sesuai untuk adakan majlis sama ada di Clubhouse atau Pavillion nya. Grand gituu.

Bagi kuda makan, kuda-kuda dekat sini semuanya jinak, risau betul hilang jari.

Taman Botani Putrajaya

Kalau mahu berekreasi di taman-taman yang mempunyai pemandangan yang cantik, nyaman dan banyak pokok-pokok serta bunga, saya syorkan anda semua untuk melawat ke Taman Botani Putrajaya. Masa melawat ke Taman Botani haritu pun rasa macam kagum sangat bila tengok keindahan alam semulajadi, terdapat macam-macam jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan yang kita boleh belajar. Anda boleh mulakan lawatan ke Taman Botani dekat Pusat Interpretif Pelawat (Visitor Centre). Terdapat restoran di sebelah barat bangunan ini, spot ideal kalau nak makan sambal menikmati pemandangan taman yang cantik.


Titian Kanopi sepanjang 170 meter

Titian Kanopi (Canopy Bridge) yang dibina menggunakan kayu cengal, laluan sepanjang 170 meter akan membawa anda merentasi deretan pokok hutan hujan tropika.
Taman Pepanjat (Vine Garden) ialah taman yang istimewa, dihiasi indah oleh koleksi tumbuhan pepanjat

My favourite place to visit! It wins my heart
Akhir sekali ialah, lawatan ke Astaka Morocco (Moroccan Pavilion). Sebab astaka Morocco ni memang cantik gila rekabentuk dia, bukan setakat rekabentuk je cantik malah membuatkan anda rasa macam berada di negara lain tapi hanya di Malaysia! Astaka ini menempatkan galeri pameran koleksi barang-barangan dan senibina dari bandar-bandar diraja terkenal di Morocco iaitu Fez, Meknes, Marrakech dan Rabat.

Bangunan yang berkonsepkan seni bina Moorish yang diilham oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Singgah sebentar di Astaka Morocco. Mengagumkan rasa macam dekat negara lain dah.
Jika melawat ke Taman Botani Putrajaya, jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak boleh buat InstaPhoto untuk dapat banyak likes lepastu jangan lupa hashtag #DiscoverPutrajaya #PutrajayaDekatJe


Malam pula ada majlis makan malam dekat swimming pool Dorsett Hotel, tak sangka saya menang gambar Instagram yang dapat banyak likes. Big hamper tajaan dari Mamee. Thank you Mamee!

Bersama dengan blogger lain, Kak Dhia VivaDea. Kami berdua je blogger yang participate dalam travelogue escape ni

Kita chilling depan swimming pool dengan staff Perbadanan Putrajaya. Terima kasih atas kerjasama semua.

Big hampers dari Mamee. Thank you! Saya dengan Kak Dhia menang Instagram Photo pada malam itu. Saya dapat nombor likes paling banyak, kak Dhia pula best selfie. Setiap kali pergi event dengan Kak Dhia, kitorang berdua mesti menang sama-sama tak sangka.
Baiklah sekian sahaja cerita yang sangat panjang dalam entri untuk Travelogue ni, tak puas enjoy semua tempat di Putrajaya kerana kekangan masa tapi takpe, akan datang saya akan singgah semula ke Putrajaya. Saya sangat mengagumi idea-idea yang bernas oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana membangunkan sebuah wilayah yang mashyur dan moden dengan seni reka bentuk yang megah dan unik di reka oleh arkitek-arkitek anak Malaysia. Bangga sangat. Tambahan pula, nak photoshoot dekat Putrajaya memang takkan pernah puas! Saya harap artikel ini dapat memberikan impak yang positif serta sambutan hangat bagi semua rakyat Malaysia untuk menjelajah Putrajaya. Stay tuned on my blog.

About The Author

23 years old writer. Asst Producer Nine-11. 8 years in blogging based in Malaysia. Bachelor's degree in Mass Communication. Former DJ Radio and Journalist.

You May Also Like

6 comments

  1. Nice! Hehe akak publish write up inshaAllah by this week. Too busy with too many things..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, ok kak dhia.. tak sabar nak baca artikel kak dhia :*

      Delete
  2. Wahh menariknya putrajaya,, xsangkaa, pdhal slalu je pegi,, u should bring me there to as my tourist guide..

    ReplyDelete
  3. menariknya banyak aktiviti dan tmpt best jugak boleh buat kt sna dh lama tak datang putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time kalau datang dah banyak gila aktiviti yg boleh buat dkt sana

      Delete