WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Rancangan Nine11 di Bernama News Channel

by - April 06, 2017
Hari pertama rancangan Nine-11 disiarkan je aku dah datang tengok secara langsung program itu di BERNAMA, Jalan Tun Razak. Waktu tu aku tengok hari Isnin tarikh 3 April 2017. Seperti di dalam artikel aku yang lepas klik disini, aku ada sebut program Nine-11 ini adalah terbitan Bernama News Channel. So aku ingatkan program dia full dari pukul 9 sampai 11 pagi penuh dengan talk shows rupa-rupanya tak. Rancangan itu mengandungi segmen yang pelbagai, ada tayangan video, tayangan berita, hiburan etc. Kalau korang tengok selama 2 jam rancangan itu pun dah cukup untuk tahu tentang isu semasa pada setiap hari bekerja. Yeah, tahniah Bernama News Channel (BNC) makin lama makin menarik perhatian! *bigclaps*

7 Segmen dalam Program Nine-11

So sekarang aku akan beritahu sedikit tentang segmen-segmen menarik dalam program Nine-11. Segmen-segmen yang ada ialah Scoop, Inspirasi Pagi, Tapau Apa?, Jom Sihat!, BNC Shop, #Vacay dan #Respons911. Scoop adalah segmen yang highlight events semasa pada setiap hari. Inspirasi Pagi tu ada tetamu jemputan yang akan berkongsikan pengalaman dan cerita-cerita kejayaan yang dapat memberikan inspirasi pada korang, cuba korang tengok gambar di bawah retis mana tuu huhu.



Biar betul BNC ni, tayangan pertama program Nine-11 je dah jemput penyanyi legend Malaysia, Anuar Zain! So next time artis popular mana pulak nak jemput nanti hehe kenalah tengok.
"Tapau Apa?" pula ialah segmen mencari makan di restoran-restoran lokal yang korang tak pernah pergi. Ok aku rasa zaman yang semakin pesat membangun ni memang ramai orang suka explore cari restoran yang menyajikan makanan-makanan menarik dan unik di seluruh Malaysia, so program Nine-11 ni akan tunjukkan dekat korang (food-tasting) dekat mana tempat yang best nak makan dan berbaloi. Kalau aku sendiri pun memang suka explore cari makan.

Selain makanan, jom la dapatkan tips sihat dalam segmen Jom Sihat! iaitu perkongsian mengenai jenis penyakit dan amalan gaya hidup sihat. Haha see, aku dah kata segmen dia memang pelbagai. Tak lupa jugak kalau nak membeli-belah, program Nine-11 menjemput khas tetamu dari pelbagai vendor untuk mempromosikan dan memperluaskan produk-produk atau perkhidmatan syarikat dalam keusahawanan dalam segmen BNC Shop.

Cara Nak Mempromosikan Produk atau Perkhidmatan




Hashtag #Vacay pula adalah segmen yang sesuai untuk traveler. Segmen ini ada tetamu jemputan dari MITA iaitu agensi pelancongan yang akan membawa anak-anak syarikat pada setiap hari dalam segmen ini. Jadi setiap wakil anak syarikat akan menceritakan dan memperkenalkan perkhidmatan tempat untuk melancong yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Manakala hashtag #Respons911 merupakan sebuah segmen yang mengetengahkan isu atau permasalahan masyarakat namun hanya akan disiarkan pada setiap hari Jumaat. Sekiranya korang mempunyai masalah atau nak buat aduan di kawasan perumahan anda, boleh laporkan kepada krew #Respon911

Cara Nak Buat Aduan atau Permasalahan




Ok segmen dia memang pelbagai, aku dah terangkan satu persatu mengenai segmen2 dalam program Nine-11, so far masa aku tengok hari tu pun memang menarik, cukup berinformasi malah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Nak tahu tak siapa salah seorang artis pengacara program Nine-11 ni? Lihat poster di bawah, berikut merupakan pengacara-pengacara Nine-11. Ada 5 orang pengacara, secara bergilir-gilir barulah meriah takdalah kita tengok muka ituu je kan macam rancangan televisyen yang lain yang muka itu jelahh pengacara dia hehe.

Macam mana nak tengok program Nine-11?

Menerusi siaran Astro channel 502HyppTV 410 dan MYTV 121. Tak ada TV? Tiada masalah, Internet kan ada, korang boleh tengok dekat homepage www.bernama.com atau webtv.bernama.com Segalanya dihujung jari anda.



Bila program Nine-11 disiarkan?

Pada setiap hari bekerja, hari Isnin sehingga Jumaat pukul 9 sehingga 11 pagi. Stay tuned, jangan lupa tonton Nine-11 :*

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

2 comments

  1. nampk menarik rancangan ni boleh la tgk nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. rancangan baru bernama, tengok lahh kat astro channel 502 :)

      Delete