WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


WELCOME, READERS!

I'm Lala. 8 years in blogging based in Malaysia. English writer. Bachelor's degree in Communication at Universiti Putra Malaysia. Former Radio Presenter at PutraFM and Former Journalist Trainee at BERNAMA. I currently work as Assistant Producer at Bernama News Channel (astro ch 502).

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Makan Bufet Sempena Ramadhan di Restoran Paya Serai Hilton

by - May 10, 2017

Sempena bulan ramadhan, Restoran Paya Serai di Hotel Hilton mengadakan bufet untuk dinikmati oleh umat Islam berbuka puasa. Selama 30 hari kita berpuasa, haruslah kena ada satu hari makan bufet bersama keluarga atau rakan-rakan, saya cadangkan kat korang untuk makan bufet di Paya Serai dekat Hilton ni, sebab apa, Paya Serai menawarkan masakan tradisional dengan konsep yang moden okay, sesuai untuk tekak orang melayu.

Dari makanan kampung sehinggalah makanan barat, semua ada, fresh seafood pun ada.
Saya bagi 3.5/5 bintang untuk restoran ini dan berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Pelbagai makanan ada termasuklah dim sum walaupun konsep dia hanya satu, "Masakan Ibu" namun ia mengandungi lebih 300 menu termasuk lauk gulai kawah, rendang tok, ikan bakar Melaka, kambing panggang, ayam percik, lemang, putu piring, apam balik dan macam-macam lagi. Korang boleh makan dari berbuka sambung sampai malam!

Jatuh cinta dengan restoran ni sebab tempat dia cantik dan selesa. Siap ada muzik dimainkan secara langsung oleh  local traditional music group Bale Bale Entertainment

Berebut kambing golek. Saya tak dapat sebab kena beratur panjang. Dah la lapar teruk malas la nak beratur

Durian pun ada

Korang nak tahu tak, korang juga boleh dapatkan durian dekat sini. Makan durian dalam hotel kelas kauu. Saya tak makan durian, saya tengok je rakan-rakan blogger makan. Maaf terlupa nak ambil gambar durian tapi saya tak tipu, memang ada durian.

Masa pre-ramadhan bufet diadakan untuk media, saya pergi bersama-sama dengan kawan saya, Pamy klik Twitter dia Fahmyvevo selepas kami pulang dari kerja, dari office dekat Jalan Tun Razak, kami terus bergerak ke Hotel Hilton, well tersangkut dalam kesesakan lalu lintas sebab terambil jalan menuju ke Pusat Bandaraya. Dekat je sebenarnya dari office saya.

Terdapat 13 chef yang menyajikan lebih 300 menu di restoran ini. Hai Chef, tengah buat mee tarik, pergh terbaik!

Kemudahan Parkir dan Surau

Masa datang dekat sini, saya dengan Pamy parking kereta dekat luar. Sebenarnya kemudahan parking pun ada disediakan di Hotel ini cuma saya tak pasti kena bayar atau tidak. Kebetulan ada parking kosong di luar hotel, jadi saya tak teragak untuk terus parking di luar dan jalan sikit ke hotel. Kemudahan surau juga disediakan di Tingkat 1, agak luas surau dan amat selesa yang telah disediakan bagi memudahkan orang-orang muslim menunaikan solat selepas menjamu selera. Cumanya surau dia agak complicated nak pergi, tapi takpe ikut je direction.

Harga yang Berpatutan

Promosi Bufet Ramadhan dibuka pada 7pm hinggan 10pm dengan harga RM149 untuk dewasa dan RM79 untuk kanak-kanak, harga ini untuk promosi 3 hari sahaja dari 27 Mei hinggan 29 Mei 2017 dan juga 3 hari terakhir 22 Jun hingga 24 Jun 2017 sepanjang bulan ramadhan. Untuk hari seterusnya iaitu pada tarikh 30 Mei hingga 21 Jun 2017, harga akan naik ke RM169 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Harga termasuk 10% cas servis dan 6% gst.
Jangan lupa untuk booking terlebih dahulu, boleh hubungi 03-79559122 ext 4260 / 4261 / 4267.

About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

4 comments

  1. fahmyvevo tu saya selalu nampak dia kat twitter sbb dia tweetfamous haha
    banyaknya pilihan makanan kat situ. tpi sayang akak tk dpt merasa makan kambing golek tu. mesti sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita.. ramai beratur, kita pulak dah lapar..

      Delete
  2. Waaa banyaknya pilihan makanan.boleh la cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat pilihan dia kena stay makan sampai 4 jam hahahha

      Delete