Posts

Showing posts from September, 2017

Program Akustika Kenali Diri, ceramah iringan muzik?

Image
Warisan Bumi Nusantara bakal menganjurkan program "Akustika Kenali Diri" tidak lama lagi buat kali yang ke2. Apa yang menarik tentang program ini ialah majlis ini merupakan program yang berunsurkan keagamaan menampilkan muzik halus dari pemuzik profesional, diikuti dengan bacaan puisi dan penerangan oleh Ustaz Fairus Shah Badli. Pengacara majlis ini adalah YM Datuk Seri Paduka Diraja Ramle Mat Daly dan Ustaz Fairus Shah Badli yang merupakan pakar dalam berceramah mengenai diri dan personaliti.

Objektif utama ialah untuk belajar mengenali diri, serta memupuk dan menanam rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Ceramah Diiringi Muzik Biasanya kita dengar majlis keagamaan ialah ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz mahupun para ulama', tetapi kelainannya dalam program ini ialah pengisian yang disampaikan melalui persembahan. Macam mana? persembahan akan dilakukan oleh pemuzik kemudian pencerahan daripada persembahan tersebut akan diterangkan oleh ustaz.


Semas…