H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile


For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com


H e l l o!

I'm Lala Rahim. Blogger based in Malaysia. Just a girl who never stopped to appreciate the beauty above me.

View my complete profile

For advertising, collaboration, sponsorship, event coverage, product review etc, kindly reach me at lalarahim@hotmail.com

Program Akustika Kenali Diri, ceramah iringan muzik?

by - September 05, 2017
Warisan Bumi Nusantara bakal menganjurkan program "Akustika Kenali Diri" tidak lama lagi buat kali yang ke2. Apa yang menarik tentang program ini ialah majlis ini merupakan program yang berunsurkan keagamaan menampilkan muzik halus dari pemuzik profesional, diikuti dengan bacaan puisi dan penerangan oleh Ustaz Fairus Shah Badli. Pengacara majlis ini adalah YM Datuk Seri Paduka Diraja Ramle Mat Daly dan Ustaz Fairus Shah Badli yang merupakan pakar dalam berceramah mengenai diri dan personaliti.

Objektif utama ialah untuk belajar mengenali diri, serta memupuk dan menanam rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Ceramah Diiringi Muzik

Biasanya kita dengar majlis keagamaan ialah ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz mahupun para ulama', tetapi kelainannya dalam program ini ialah pengisian yang disampaikan melalui persembahan. Macam mana? persembahan akan dilakukan oleh pemuzik kemudian pencerahan daripada persembahan tersebut akan diterangkan oleh ustaz.


Semasa temuramah, penganjur program ada mengatakan bahawa persembahan adalah dari ilham sendiri, penyampaian alunan muzik yang indah akan dapat membuka hati para pendengar serta menyentuh jiwa.

Terbuka Kepada Seluruh Masyarakat

Program ini semestinya terbuka kepada semua masyarakat dan percuma untuk belia hingga dewasa. Ikhlaskan hati untuk hadir ke majlis keagamaan seperti ini in shaa Allah banyak pengisian yang anda semua akan dapat. Lokasi majlis akan bertempat di Padang Ukay Perdana akan diadakan pada waktu malam.

Jom hadir beramai-ramai ke program yang unik dan istimewa ini di Ukay Perdana tidak lama lagi.


About The Author

Malaysia Blogger. Assistant Producer at Bernama News Channel. Bachelor's Degree holder in Communication, Universiti Putra Malaysia.

You May Also Like

0 comments