Posts

Showing posts from April, 2018

Majlis Penyampaian Anugerah Tahunan Travel Photography Society 2018

Image
Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk Majlis Penyampaian Anugerah Tahunan TPS 2018 bagi jurugambar perjalanan dunia yang terbaik buat kali ke-4.


Majlis Penyampaian ini dianjurkan oleh pengasas Travel Photography Society, Ahsan Qureshi, yang diketuai oleh Datin Rubab Fatima, selaku ketua pegawai eksekutif Travel Photographer Sdn Bhd.

Antara gambar-gambar Travel Photography
Jangan lupa untuk datang ke Pameran ini bertempat di Publika sehingga hari Ahad ini!
Untuk maklumat lanjut mengenai majlis ini, anda boleh melayari :
laman sesawang ​: ​www.travelphotographersociety.com
facebook ​​: ​https://www.facebook.com/travelphotographersociety/
Instagram ​​:​Datin Rubab Fatima.


Travel Photography (Fotografi Perjalanan) merupakan gambaran perjalanan seseorang yang dapat menangkap momen yang membentuk perasaan masa dan tempat, menggambarkan tanah, rakyat, atau budaya dalam keadaan semula jadi yang tidak mempunyai batasan geografi.

Cecah Usia 40an, Lelaki Ini Menjaga Kulit Wajah Dengan Hanya Menggunakan Produk Anti-Penuaan

Image
LELAKI dan kecantikan adalah perkara yang kedengaran kurang maskulin. Bukan apa, kebanyakan lelaki kurang memberi penekanan terhadap perihal penjagaan peribadi terutama apabila melibatkan penggunaan pencuci muka, krim wajah, losen, serum, toner dan sebagainya. Menyedari hakikat ini, Dato' Megat Sallehudin bin Megat Ibrahim berusia 38 tahun, memulakan langkah penjagaan wajah.

Saya mengambil peluang untuk bertanya, mengapa Dato' Megat Sallehudin mahu menjaga kulit wajah? Rupanya seiring bergaya, beliau mahu tampil lebih yakin ketika berinteraksi dengan orang ramai. Kerjaya seorang usahawan muda berjaya seperti beliau kekang dengan masa namun beliau tidak lupa untuk menjaga kulit wajah, lihatlah gambar-gambar beliau yang sangat segak dan bergaya walaupun beliau adalah seorang bapa yang mempunyai 4 orang anak. Terkejut kan? Seorang ahli perniagaan yang mempunyai ramai pekerja dibawahnya, seorang bapa dan seorang suami bukan mudah untuk beliau membahagikan masanya dengan kerjaya, …

Magical Ramadhan Nights Pullman Putrajaya Lakeside Pilihan Buffet Sempena Ramadhan 2018

Image
Ramadhan hampir tiba! Awal Ramadhan ialah 17 Mei 2018, jadi korang dah pilih tempat dah kat mana nak bawa famili atau kawan-kawan makan buffet di hotel? Rekomen Lala untuk korang ialah pilihlah Pullman Putrajaya Lakeside kerana di sini temanya pelik maksud saya berbeza dengan hotel-hotel lain sebab tema pada kali ini ialah "Magical Ramadan Nights" yang bermula pada 15 Mei sehingga 16 Jun 2018 masa 6.30pm - 9.30pm. Okay taknak cakap banyak sebab masa Pre-Ramadhan Buffet Lala cukup enjoy melantak makan bersama rakan-rakan.



Best ke Lala? Disebabkan tempat dia luas, banyak kerusi meja tak perlu risau. Bila besar mcam ni, suasana dia sangat meriah. Nak makan pun selesa. Sambil makan sambil boleh tengok persembahan. Eh enjoy jelah sampai pukul 9.30 malam.



Hidangan Menu Yang Pelbagai Banyak sangat makanan dia sampai tak semua yang Lala dapat rasa. Tapi yang paling utama adalah kambing bakar hehe buffet ramadhan tak lengkap kalau tak ada kambing ok. 




Punca dan Penyebab Jerawat Tumbuh

Image
Geram betul bila jerawat asyik naik dekat tempat yang sama, on my upper lips! Dah la area atas bibir sangat sensitif kalau nak picit pun sakit macam nyawa nak melayang. Jadi aku pun google la apa masalah jerawat asyik tumbuh dekat area yang sama. Maksudnya dalaman badan kita yang ada masalah sebab tu kita kena cari punca kenapa jerawat boleh membiak.

Oh inilah penyebabnya! Aku ada masalah hormon yang tidak stabil. Damnn macam mana nak buat entah. Dah satu hal aku nak kena cari cara dan menyeimbangkan hormon.

Ok nasib baik aku stage 1. Dulu aku stage 3 lepastu pergi jumpa specialist semakin berumur jerawat semakin menyusut. Tinggal bekas-bekas jerawat je. Tambahan, aku tak pakai produk-produk chemical ni sangat. Sekadar mencuci je lepastu sapu aloe vera. Dan minum air masak banyak-banyak! kalau boleh 5l, tapi tak larat la sampai 5 liter, so basically aku minum 3 - 4 liter air sahaja.