Cecah Usia 40an, Lelaki Ini Menjaga Kulit Wajah Dengan Hanya Menggunakan Produk Anti-Penuaan


LELAKI dan kecantikan adalah perkara yang kedengaran kurang maskulin. Bukan apa, kebanyakan lelaki kurang memberi penekanan terhadap perihal penjagaan peribadi terutama apabila melibatkan penggunaan pencuci muka, krim wajah, losen, serum, toner dan sebagainya. Menyedari hakikat ini, Dato' Megat Sallehudin bin Megat Ibrahim berusia 38 tahun, memulakan langkah penjagaan wajah.

Saya mengambil peluang untuk bertanya, mengapa Dato' Megat Sallehudin mahu menjaga kulit wajah? Rupanya seiring bergaya, beliau mahu tampil lebih yakin ketika berinteraksi dengan orang ramai. Kerjaya seorang usahawan muda berjaya seperti beliau kekang dengan masa namun beliau tidak lupa untuk menjaga kulit wajah, lihatlah gambar-gambar beliau yang sangat segak dan bergaya walaupun beliau adalah seorang bapa yang mempunyai 4 orang anak. Terkejut kan? Seorang ahli perniagaan yang mempunyai ramai pekerja dibawahnya, seorang bapa dan seorang suami bukan mudah untuk beliau membahagikan masanya dengan kerjaya, famili dan peribadi.

Mahu Tampil Muda

"Saya kerap berjumpa dengan orang oleh itu saya mahu mereka menyenangi ketika berinteraksi dengan saya.

Saya menjaga kecantikan wajah sejak tahun 2016, dulu saya hanya memakai pencuci muka, sejak keluaran Voqq, saya telah memakai complete set produk skincare ini kerana peningkatan usia. Voqq ialah anti-ageing skincare, jadi ia sesuai dengan motif saya untuk menjaga kulit wajah dan tampil muda."


Untuk pengetahuan anda, Dato' Megat Sallehudin hanya menjaga kulit wajahnya sahaja, beliau berkata tidak perlu pergi ke pusat-pusat kecantikan dan spa sebagainya yang hanya membuang duit. Cukup dengan menjaga kesihatan seperti bersenam pada setiap minggu untuk mengeluarkan peluh dan menjaga kulit wajah dengan menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian dan selamat.


Voqq Adalah Produk Kecantikan Yang Terbaik dan Selamat

Menjaga kulit wajah untuk lelaki sama penting sebagaimana perempuan memelihara kulit mereka. Hari ini pelbagai jenama tampil dengan himpunan khusus buat lelaki. Tidak hanya produk asas, rangkaian ini juga dipanjangkan dengan pengenalan produk penjagaan khusus buat mata, anti penuaan dan pencerahan.

"Lelaki perlu menjaga penampilan tambahan pula persekitaran luar seperti habuk dan debu membuatkan kulit wajah kusam, oleh itu Voqq adalah pilihan yang terbaik kerana produk skincare ini dihasilkan berasaskan buah tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal."

Baca artikel mengenai Voqq selanjutnya di sini.

Barangkali produk kecantikan tidak begitu penting dalam senarai keutamaan lelaki tetapi itu tidak bermakna golongan lelaki boleh mengabaikan terus urusan penjagaan kecantikan. Saya tahu betapa malasnya seorang lelaki untuk melapangkan waktu atau melaburkan wang ringgit memilih dan membeli variasi produk kecantikan. Namun dengan adanya Voqq, sebuah jenama penjagaan kulit berasaskan tomato, langkah penjagaan kulit menjadi mudah dan kesannya memuaskan! Tambahan pula, isteri beliau, pemilik spa dan salon DS Pesona Beauty, Datin Nur Samsidar Mohd. Zain telah menghasilkan produk penjagaan kulit di bawah jenama Voqq yang mula dipasarkan sejak tahun 2016. Dengan yakin, beliau sendiri memakai produk jenama kecantikan oleh isterinya.


Upcoming next : Tekstur Kulit Wajah Saya Setelah Sebulan Memakai Voqq.

Comments

Popular Posts

A Mexican Culinary Adventure at Fresca Mexican Kitchen & Bar

Looking and feeling young with Swissvita

Helipad, Heli Lounge Bar KL

5 Tips Fesyen Bagi Berbadan Gempal Untuk Nampak Kurus

Monsta Cafe Johor Bahru

PHB lancar Kempen Menabung Sambil Melabur tingkat kesedaran mengenai Amanah Hartanah Bumiputera

Misi kurus 28 hari dengan detox teh hijau STEA

Nano Hair Treatment at Hair Color Expert from RM68