About Me

Applique

Adilla Abdul or better known as Lala, 25 years old. I have been active in blogging since April 2009.


3 Minggu Pakai Voqq, Lihat Gambar Terkini Saya

Thursday, May 17, 2018
Hi! Entri sebelum ini, saya ada cover tentang pelancaran produk kecantikan, Voqq di entri ini : Voqq, Produk Penjagaan Kulit Guna Ekstrak Tomato Saya juga mengambil peluang untuk menggunakan produk ini selama 3 minggu, dan lihatlah hasil kulit saya.


First of all, kulit saya ada bekas jerawat dan juga banyak blackheads and whiteheads. Bercampur. Apa yang saya buat ialah, memakai produk Voqq seperti biasa 4 kali saya cuci muka setiap 4 - 5 jam saya akan bersihkan wajah. Lepastu saya selalu buang blackheads saya menggunakan blackheads removal tool. Saya tidak memakai foundation atau apa-apa sahaja mekap untuk kulit wajah, saya hanya mekap mata, kening on point dan bibir sahaja.

Terdapat 3 produk: Pembersih muka, Toner dan Krim Anti Penuaan. Jadi 4 kali saya cuci wajah saya dengan menggunakan produk ini. Saya paling suka toner dia, fresh sangat. Itu adalah antara favourite saya.

Sebenarnya kalau korang lihat dengan teliti, blackheads di wajah saya sangat jelas kelihatan juga bekas-bekas jerawat yang masih merah-merah. Di dahi saya pula adalah kerana minyak dan peluh. Memang tak sekata!

Walaupun kulit wajah tidak sembuh sepenuhnya namun saya dapat hasil yang positif. Kulit wajah saya tidak berminyak dan semakin soft. Ini mungkin kerana ekstrak tomato dalam produk yang semulajadi membuatkan rupa saya bertambah mulus gituu.
Saya dah cuba. Jadi korang pun try lah, kalau takut untuk mencuba produk disebabkan risau dengan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam produk, try Voqq sebab ianya menggunakan bahan ekstrak semulajadi. Review ini adalah berdasarkan penggunaan ke atas diri sendiri. 

3 comments:

  1. salam ramadhan & singgah follow sini yer sis..sama kulit kita...jenis pori2 besar jugak... nak mekap kene lebihkan sikit nak bg x nampak sangat pori tu..mungkin next blh try produk nih... :)

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya kulit makin cantik dan sihat. saya first time datang sini & terus follow sebab suka dengan blog ni. kalau sudi meh la singgah blog baru saya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.