About Me

Applique

Adilla Abdul or better known as Lala, 25 years old. I have been active in blogging since April 2009.


Cara Beli Tiket Flight Untuk Qatar Airways Guna Traveloka

Wednesday, May 22, 2019
Kepada pembaca blog ini yang terdiri dari kaki-kaki travel pernah dengar Qatar Airways tak? Kalau tak pernah dengar, saya nak cerita sikit. Sebab saya sangat-sangat puas hati guna airline ni. Saya pun hari tu first time naik Qatar Airways dari Doha ke Kuala Lumpur. Oleh disebabkan Qatar Airways ni merupakan airlines yang agak baru berbanding airlines yang lain, saya macam ragu-ragu lah juga nak naik, tapi masa tu dah tak ada tiket lain untuk timing yang saya nak, saya pun belasah je lah beli. Sumpah lepas saya naik, confirm saya akan jadi pelanggan setia diorang lepas ni!

Interior Design Yang Selesa Untuk Penumpang

Gambar google: Qatar Aiways Economy Class

Bagi pendapat saya, interior dalam plane memang tip-top! Rupa-rupanya, dalam industry penerbangan, kawasan tempat seating dia merupakan antara yang paling luas berbanding dengan airways lain. Qatar airways ni design kawasan seating mereka luas supaya penumpang masih akan rasa selesa walaupun diorang ambil penerbangan jarak jauh. So, korang boleh adjust kerusi dia supaya boleh baring-baring. Dah selesa baring-baring, depan korang ada monitor tv personal untuk korang. Boleh la layan movies ke drama ke. So, korang taklah asyik tidur je dalam perjalanan.

Makanan Dalam Flight Dijamin Halal

Bincang pasal makanan pula. Kalau korang nak tahu, Qatar Airways bukan sahaja berganding bahu, tapi berkolaborasi dengan chef selebriti Nobu Matsuhisa untuk menyediakan hidangan yang sedap sehingga menjilat jari khusus untuk penumpang-penumpang Qatar Airways. Jangan risau, jangan gentar, semua makanan yang dihidangkan dijamin halal. Untuk penumpang yang mengamalkan pemakanan tertentu, macam vegetarian ke, ada allergy ke, boleh menempah hidangan selewat-lewatnya 24 jam sebelum berlepas.

Join Qatar Airways Privilege Club Untuk Kumpul Points

Untuk mereka-mereka yang berpoket agak tebal, if korang rasa korang akan selalu guna Qatar Airways ni, boleh la join Qatar Airways Privilege Club: ada Burgundy, Silver,Gold dan Platinum. Korang boleh kumpul Qmiles dan Qpoints korang dengan setiap kali pembelian supaya korang boleh menebus mata ganjaran. Antaranya termasuklah korang boleh dapat penerbangan percuma, diberi diskaun untuk sewa kereta, diskaun hotel dan lain-lain.

Cara Booking Flight Qatar Airways melalui Traveloka

So korang dah yakin dan percaya tak dengan Qatar Airways ni lepas saya dah berbuih-buih mulut promote? Belum lagi? Tak apa, tak apa, benda boleh bincang, tak payah risau. Meh saya promote lagi, Qatar Airways ni pergi ke lebih daripada 150 destinasi yang merangkumi enam benua. Nak cakap pasal awards yang diorang dapat, tak payah cerita lah, banyak. Sampaikan diorang tergolong antara airlines yang elit dan ternama. Skytrax (badan yang bagi ranking kat airlines, macam rotten tomatoes untuk film) juga dah rate dorang 5 bintang. Sooo, soalan cepu emas sekarang ni, macam mana nak buat Qatar airways flight booking ni?

Okay mudah je. Mula-mula korang boleh pergi kat website Traveloka ataupun korang boleh terus install app dia dekat smartphone masing-masing. Korang scroll down sampai nampak heading tulis ‘Airlines Partners’. Dekat sini diorang ada list down kan banyak airlines, korang click je Qatar airlines yang lambang rusa jantan ada garis-garis warna purple. And then, korang akan terus di re-direct domain yang Qatar Airways punya. And search je la tempat mana korang nak pergi, tarikh dengan berapa orang yang nak pergi dekat search bar tersebut. Contohnya, katakanlah korang nak buat online flights to phuket booking. So, korang boleh letak korang ambil flight dari mana dekat ‘from’, macam saya dari Doha, dan dekat ‘to’ korang letak Phuket. Lepas tu, korang just fill in details lain-lain berapa orang penumpang dan tarikh penerbangan pilihan. Kalau korang nak beli tiket ulang-alik, just tekan dekat ‘return date’. Nanti dia bagi jumlah dua-dua tiket.

Faham ke? Korang still tak berjaya booking ke? Ni mesti tak register lagi. Okay korang boleh terus click butang register tu. Nanti korang akan dimaklumkan harga-harga runtuh tiket di kawasan-kawasan pilihan! Bagusnya Traveloka ni korang takkan dikenakan hidden booking charge, kalau ada pun, siang-siang diorang dah biar tertera dekat screen korang. Tak lah kita rasa macam ‘tipah, tertipu lagi’. Lepas dah keluar harga semua korang pun buat la e-payment. Disebabkan Traveloka dan Maybank ni memang nak yang hanya terbaik sahaja untuk customers diorang. Diorang dah pun berkerjasama untuk bagi korang save duit dan pada masa yang sama bagi peluang untuk korang pergi destinasi – destinasi idaman korang. Kalau korang booking guna kad Maybank dari sekarang sehingga 15 April 2019, korang akan diberikan diskaun sehingga 15% untuk booking penerbangan dan hotel di Traveloka! After korang dah senyum-senyum happy dapat diskaun tiket guna Maybank, Qatar Airways akan hantar e-tiket ke email korang.

Saya harap korang terbuka hati untuk naik Qatar Airways ni lepas saya dah cerita panjang lebar mengenai kelebihannya. Dan yang untuk booking tiket tu, saya rasa better korang booking guna Traveloka sebab most of the time, harga tiket yang korang dapat kat Traveloka, korang tak boleh dapat dekat official website Qatar Airways. So, marilah kita menjadi pengguna yang bijak dalam me-survey harga-harga tiket murah guna Traveloka!

2 comments:

Powered by Blogger.