H E L L O !
Adilla Abdul or better known as Lala, 25 years old. I have been active in blogging since April 2009 so it is about 9 years being a content writer. I am a lifestyle blogger based in Malaysia which this blog consist of beauty, fashion, health and fitness, eateries and restaurants, travel and places, product reviews and also education using both Bahasa Melayu and English.
CLICK TO VIEW MY FULL PROFILE

For blogger paid review and event coverage kindly reach me at nuruladillarahim@gmail.com



H E L L O !
Adilla Abdul or better known as Lala, 25 years old. I have been active in blogging since April 2009 so it is about 9 years being a content writer. I am a lifestyle blogger based in Malaysia which this blog consist of beauty, fashion, health and fitness, eateries and restaurants, travel and places, product reviews and also education using both Bahasa Melayu and English.

CLICK TO VIEW MY FULL PROFILE

For blogger paid review and event coverage kindly reach me at nuruladillarahim@gmail.com


Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk Majlis Penyampaian Anugerah Tahunan TPS 2018 bagi jurugambar perjalanan dunia yang terbaik buat kali ke-4.


Majlis Penyampaian ini dianjurkan oleh pengasas Travel Photography Society, Ahsan Qureshi, yang diketuai oleh Datin Rubab Fatima, selaku ketua pegawai eksekutif Travel Photographer Sdn Bhd.

Antara gambar-gambar Travel Photography


Jangan lupa untuk datang ke Pameran ini bertempat di Publika sehingga hari Ahad ini!
Untuk maklumat lanjut mengenai majlis ini, anda boleh melayari :
laman sesawang ​: ​www.travelphotographersociety.com
facebook ​​: ​https://www.facebook.com/travelphotographersociety/
Instagram ​​:​Datin Rubab Fatima.


Travel Photography (Fotografi Perjalanan) merupakan gambaran perjalanan seseorang yang dapat menangkap momen yang membentuk perasaan masa dan tempat, menggambarkan tanah, rakyat, atau budaya dalam keadaan semula jadi yang tidak mempunyai batasan geografi.

LELAKI dan kecantikan adalah perkara yang kedengaran kurang maskulin. Bukan apa, kebanyakan lelaki kurang memberi penekanan terhadap perihal penjagaan peribadi terutama apabila melibatkan penggunaan pencuci muka, krim wajah, losen, serum, toner dan sebagainya. Menyedari hakikat ini, Dato' Megat Sallehudin bin Megat Ibrahim berusia 38 tahun, memulakan langkah penjagaan wajah.

Saya mengambil peluang untuk bertanya, mengapa Dato' Megat Sallehudin mahu menjaga kulit wajah? Rupanya seiring bergaya, beliau mahu tampil lebih yakin ketika berinteraksi dengan orang ramai. Kerjaya seorang usahawan muda berjaya seperti beliau kekang dengan masa namun beliau tidak lupa untuk menjaga kulit wajah, lihatlah gambar-gambar beliau yang sangat segak dan bergaya walaupun beliau adalah seorang bapa yang mempunyai 4 orang anak. Terkejut kan? Seorang ahli perniagaan yang mempunyai ramai pekerja dibawahnya, seorang bapa dan seorang suami bukan mudah untuk beliau membahagikan masanya dengan kerjaya, famili dan peribadi.

Mahu Tampil Muda

"Saya kerap berjumpa dengan orang oleh itu saya mahu mereka menyenangi ketika berinteraksi dengan saya.

Saya menjaga kecantikan wajah sejak tahun 2016, dulu saya hanya memakai pencuci muka, sejak keluaran Voqq, saya telah memakai complete set produk skincare ini kerana peningkatan usia. Voqq ialah anti-ageing skincare, jadi ia sesuai dengan motif saya untuk menjaga kulit wajah dan tampil muda."


Untuk pengetahuan anda, Dato' Megat Sallehudin hanya menjaga kulit wajahnya sahaja, beliau berkata tidak perlu pergi ke pusat-pusat kecantikan dan spa sebagainya yang hanya membuang duit. Cukup dengan menjaga kesihatan seperti bersenam pada setiap minggu untuk mengeluarkan peluh dan menjaga kulit wajah dengan menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian dan selamat.


Voqq Adalah Produk Kecantikan Yang Terbaik dan Selamat

Menjaga kulit wajah untuk lelaki sama penting sebagaimana perempuan memelihara kulit mereka. Hari ini pelbagai jenama tampil dengan himpunan khusus buat lelaki. Tidak hanya produk asas, rangkaian ini juga dipanjangkan dengan pengenalan produk penjagaan khusus buat mata, anti penuaan dan pencerahan.

"Lelaki perlu menjaga penampilan tambahan pula persekitaran luar seperti habuk dan debu membuatkan kulit wajah kusam, oleh itu Voqq adalah pilihan yang terbaik kerana produk skincare ini dihasilkan berasaskan buah tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal."

Baca artikel mengenai Voqq selanjutnya di sini.

Barangkali produk kecantikan tidak begitu penting dalam senarai keutamaan lelaki tetapi itu tidak bermakna golongan lelaki boleh mengabaikan terus urusan penjagaan kecantikan. Saya tahu betapa malasnya seorang lelaki untuk melapangkan waktu atau melaburkan wang ringgit memilih dan membeli variasi produk kecantikan. Namun dengan adanya Voqq, sebuah jenama penjagaan kulit berasaskan tomato, langkah penjagaan kulit menjadi mudah dan kesannya memuaskan! Tambahan pula, isteri beliau, pemilik spa dan salon DS Pesona Beauty, Datin Nur Samsidar Mohd. Zain telah menghasilkan produk penjagaan kulit di bawah jenama Voqq yang mula dipasarkan sejak tahun 2016. Dengan yakin, beliau sendiri memakai produk jenama kecantikan oleh isterinya.


Upcoming next : Tekstur Kulit Wajah Saya Setelah Sebulan Memakai Voqq.

Ramadhan hampir tiba! Awal Ramadhan ialah 17 Mei 2018, jadi korang dah pilih tempat dah kat mana nak bawa famili atau kawan-kawan makan buffet di hotel? Rekomen Lala untuk korang ialah pilihlah Pullman Putrajaya Lakeside kerana di sini temanya pelik maksud saya berbeza dengan hotel-hotel lain sebab tema pada kali ini ialah "Magical Ramadan Nights" yang bermula pada 15 Mei sehingga 16 Jun 2018 masa 6.30pm - 9.30pm. Okay taknak cakap banyak sebab masa Pre-Ramadhan Buffet Lala cukup enjoy melantak makan bersama rakan-rakan.

Beginilah suasananya, dah nak malam. Jangan lupa sebelum masuk waktu berbuka korang prepare la ambil makanan siap-siap hahahha. Datang awal!

Sambil manjamu selera, korang akan didendangkan dengan beberapa lagu


Best ke Lala?

Disebabkan tempat dia luas, banyak kerusi meja tak perlu risau. Bila besar mcam ni, suasana dia sangat meriah. Nak makan pun selesa. Sambil makan sambil boleh tengok persembahan. Eh enjoy jelah sampai pukul 9.30 malam.

Persembahan orang hembus api aka naga.

Sebuah tarian persembahan. Jangan lupa dekat sini ada photobooth lepas makan pergilah bergambar satu famili

Lala suka dengan konsep diorang (staff kot) pekenakan pakaian cosplay macamni, anak-anak korang sukalah ni nak bergambar

Hidangan Menu Yang Pelbagai

Banyak sangat makanan dia sampai tak semua yang Lala dapat rasa. Tapi yang paling utama adalah kambing bakar hehe buffet ramadhan tak lengkap kalau tak ada kambing ok. 

Dekat centre tempat ni, ada kambing bakar dengan ikan besar ni ha aku tak tahu ikan apa tapi sedap.

House of Candy! Member Lala suka betul masuk kawasan ni. Ini adalah kawasan terlarang untuk anak-anak korang sebab penuh dengan kemanisan. 

Tak lepas peluang untuk ambil gambar di sini sebab kaler dia cantik.

Beratur untuk ambil makan hahaha

Dessert. Please have one!
Kredit Gambar: Facebook Pullman PJ

Harga Buffet

Dewasa : RM188
Kanak-kanak : RM110


For Reservations :

Tel : 603 8890 0000
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com
Whatsapp : 6016 8900 142
Website : www.pullmanputrajaya.com/special-offers

Geram betul bila jerawat asyik naik dekat tempat yang sama, on my upper lips! Dah la area atas bibir sangat sensitif kalau nak picit pun sakit macam nyawa nak melayang. Jadi aku pun google la apa masalah jerawat asyik tumbuh dekat area yang sama. Maksudnya dalaman badan kita yang ada masalah sebab tu kita kena cari punca kenapa jerawat boleh membiak.

Punca dan penyebab jerawat tumbuh di wajah

Oh inilah penyebabnya! Aku ada masalah hormon yang tidak stabil. Damnn macam mana nak buat entah. Dah satu hal aku nak kena cari cara dan menyeimbangkan hormon.

Korang punya jerawat stage yang mana satu?

Ok nasib baik aku stage 1. Dulu aku stage 3 lepastu pergi jumpa specialist semakin berumur jerawat semakin menyusut. Tinggal bekas-bekas jerawat je. Tambahan, aku tak pakai produk-produk chemical ni sangat. Sekadar mencuci je lepastu sapu aloe vera. Dan minum air masak banyak-banyak! kalau boleh 5l, tapi tak larat la sampai 5 liter, so basically aku minum 3 - 4 liter air sahaja.