H E L L O !
Adilla Abdul or better known as Lala, 25 years old. I have been active in blogging since April 2009 so it is about 9 years being a content writer. I am a lifestyle blogger based in Malaysia which this blog consist of beauty, fashion, health and fitness, eateries and restaurants, travel and places, product reviews and also education using both Bahasa Melayu and English.
CLICK TO VIEW MY FULL PROFILE

For blogger paid review and event coverage kindly reach me at nuruladillarahim@gmail.com



H E L L O !
Adilla Abdul or better known as Lala, 25 years old. I have been active in blogging since April 2009 so it is about 9 years being a content writer. I am a lifestyle blogger based in Malaysia which this blog consist of beauty, fashion, health and fitness, eateries and restaurants, travel and places, product reviews and also education using both Bahasa Melayu and English.

CLICK TO VIEW MY FULL PROFILE

For blogger paid review and event coverage kindly reach me at nuruladillarahim@gmail.com

Haritu saya pergi lunch dekat D'Salai Corner, masuk je sana pelbagai menu makanan tengahari ada dengan harga yang berpatutan. Menu utama mereka yang paling special adalah Masak Lemak Salai; Daging Salai, Itik Salai dan Keli Salai. Masa saya pergi tu, saya ambil Itik Salai, sedap sangat! Harga dia RM10 sahaja satu set. Air pula air kordial, percuma sahaja boleh refill tak silap. Saya beli juga cendol di sana, harganya RM3 sahaja.

Makanan tengahari saya. Saya ambil itik masak salai dan daging masak asam pedas. 

Cendol di D'Salai Corner, hanya RM3 sahaja. Kalau nak ada durian RM5. Cendol dia pekat dan manis sedap sangat.

Masa saya datang sekitar jam 12 tengahari pun dah ramai dah tapi after pukul 1pm dah kurang orang, jangan risau lauk masih banyak tak habis ya, tutup pukul 3 petang. So bagi sesiapa yang sedang bekerja sekitar KL tu jangan lupa bawak kengkawan office juga untuk makan disini.

Daging Masak Asam Pedas. Dagingnya lembut tak liat ya lepastu banyak pulak tu dia letak daging.

 Inilah dia menu utama yang paling special disini iaitu Masak Salai. Ada Keli, Itik dan Daging, pilih je mana yang suka. Makan panas-panas memang best. 

Nasi Ayam Hitam Sambal Merah juga merupakan salah satu menu lunch di sana

Lepas makan nasi, makan pasembor pula.

Memang best makan lunch dekat sini, makanan sedap harga pulak murah. Lepasni kalau lunch break, saya nak bawak kawan-kawan office pula makan disini. Mengidam pulak Itik Masak Salai tu lagi. Macam-macam lagi menu yang ada, korang pula kena datang ke sini untuk cuba.


Lokasi dan Waktu Operasi


D'Salai Corner beroperasi setiap hari Isnin - Sabtu bermula jam 11pagi - 3petang. Lokasinya terletak bersebelahan Dewan Perdana Felda, kat Jalan Semarak KL tu. Buka sahaja apps Waze. Parking boleh parking di luar sekitar D'Salai Corner.


Ramadhan Buffet Felda D'Saji

Nak promote juga bagi sesiapa yang nak makan bufet sempena bulan Ramadhan, sekali sekala nak bawa family makan besar untuk berbuka boleh pergi di lima lokasi tersebut; Dewan Perdana Felda, Orchard Villa Gombak, Laman Gemilang Kelana Jaya, Lake Cempaka Villa Bangi dan Restoran D'Saji Titiwangsa. Bufet Ramadhan menyajikan Sajian Warisan pada tahun ini 100% masakan melayu ya.
Hi you all, raya dah nak dekat, nak dapatkan kebaya pario yang cantik dan berkualiti tinggi tak? Saya pun dah ada satu jenis kebaya dari ByHisDaisy. By His Daisy merupakan Kebaya Pario Specialist yang menyediakan kebaya sulam yang moden dan ekslusif dengan harga mampu milik. Kebaya yang saya pakai ini adalah Kebaya Sulam BHD Seera. Size S.

 Let's makes Kebaya great again!

"Self confidence is the best outfit, so wear something that raise your confidence."

Unboxing Video


Kebaya Sulam dan Kutu Bayu

ByHisDaisy ada dua jenis kebaya, iaitu Kebaya dan Kutu Baru. Variasi warna yang ditawarkan pula terdiri daripada warna terang sehingga pastel. Selain kebaya, Byhisdaisy turut menawarkan kain pario pelbagai corak dan warna untuk dipadankan bersama kebaya. Wanita yang bersaiz kecil hinggalah yang berbadan besar juga tidak perlu bimbang kerana variasi saiz yang ditawarkan adalah dari XS sehingga XXL.

Walaupun tampil dengan kain kapas premium dan sulaman tebuk, kebaya Byhisdaisy berharga antara RM99 sehingga RM119 sahaja, manakala pario songket pula berharga RM95. Namun begitu, harganya kadang-kala ada promosi ya, sekarang ni tengah promosi raya!

Sesuai Untuk Para Muslimah

Kebiasaannya kalau kita dengar kebaya pario ni sesuai untuk gadis-gadis yang tidak bertudung kerana potongan kebaya biasanya betul-betul mengikut potongan badan, agak ketat dan material kainnya juga jarang, namun begitu hanya kebaya dari ByHisDaisy yang menyediakan kebaya sesuai untuk dikenakan oleh para muslimah. Kualiti kainnya tebal, tidak jarang dan potongannya tidak ketat, sangat manis dikenakan dengan tudung.

Cara nak beli Kebaya By His Daisy

Ada 4 cara kalau nak beli, First, you all boleh visit laman web mereka di www.byhisdaisy.com.my Di laman web mereka ada pelbagai warna yang korang boleh pilih dan padankan. Tapi sekiranya tak berapa mahir nak menggunakan website boleh sahaja menggunakan cara ini:-
2) Order from BYHISDAISY #bhdapprentice
3) BHD HQ at +60196061751 (whatsapp)
4) Walk-in to BYHISDAISY Showroom [Byhisdaisy HQ, Alam Damai, Cheras]
Majalah berita antarabangsa, TIME menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia pada tahun 2019.

Untuk pengetahuan, Penulis Time Magazine tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan skandal 1MDB. Mengimbas kemenangan Mahathir dalam PRU-14 setelah membuat kemunculan semula untuk berhadapan dengan bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh dengan penyelewengan bernilai berjuta ringgit daripada 1MDB.

Senarai Time 100 merupakan senarai tahunan yang dibuat berdasarkan undian pembaca Time Magazine beberapa sebelum senarai itu dikeluarkan.

Sumber: http://time.com/collection/100-most-influential-people-2019/5567765/mahathir-mohamad